Meski telah kehilangan insan tersayang seminggu lalu, namun Bunga Citra Lestari (BCL) tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.

Perkara itu disahkan BCL untuk muncul di konsert penyanyi antarabangsa, Ronan Keating pada Sabtu ini.

Menurut Pegawai Perhubungan Media Relation Fullcolor, Rizky, BCL telah membuat keputusan untuk kembali selepas seminggu arwah suaminya, Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Ya BCL sudah mengesahkan akan meneruskan persembahan. Walaupun sedang berduka, BCL memastikan secara professional dirinya tetap tampil pada konsert itu,” katanya seperti dipetik Tribun News.

IKLAN

Difahamkan, BCL akan berkolaborasi dengan Ronan Keating dan Christian Bautista di Pullman Central Park, Jakarta Barat.

Seminggu Pemergian Suami Tercinta… BCL Mula Bertugas. Jayakan Konsert Sama Penyanyi Antarabangsa, Ronan Keating Sabtu Ini

IKLAN

Terdahulu, Ashraf,40, meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.

IKLAN

Allahyarham telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, BCL dan seorang anak lelaki, Noah, 10 tahun.

Foto/Sumber : Instagram BCL, Tribun News

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI