Meski mengalami keguguran minggu lalu, namun pelakon Fasha Sandha akui reda dan pasrah akan ketentuan Yang Maha Pencipta.
Tidak terikut-ikut emosi dan perasaan sedih, Fasha dan suaminya, pelakon Aidil Aziz meneruskan kehidupan seperti biasa.
Malah, mereka juga dilihat tetap isi masa dengan berkunjung ke rumah rakan-rakan dan sanak saudara bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.
“Kepada Tuan rumah, kalau makanan habis jgn risau. Kami datang beraya siap bawak bekalan. Dalam bakul tu mcm2 ada,” tulis Aidil.
Dalam pada itu, netizen turut menasihati pelakon drama Patah Sayap Bertongkat Paruh itu agar menjaga kesihatan dalaman atas insiden keguguran yang dialami.
Terdahulu, Fasha berkongsi berita sedih di Instagramnya apabila dia mengalami keguguran dan redha akan perkara itu.
Foto : Instagram Aidil Aziz/ Fasha Sandha