Seminggu Selepas Jadi Ibu, Uyaina Arshad Tak Ada Hal Kongsi Foto Muka Sembap; “Malam Tanpa Tidur.”

Share

Rumah tangga pasangan selebriti, Uyaina Arshad dan Raja Syahiran kini lengkap dengan kehadiran anak sulung mereka, Raja Urhan yang dilahirkan pada 8 September lalu.

Seperti kebiasaan buat individu yang baharu menimang cahaya mata, tidur malam pastinya sudah tidak lagi lena bagi memastikan si comel berada sentiasa berada dalam keadaan baik.

Terbaharu, menerusi laman Instagram miliknya, Uyaina atau nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, ada berkongsikan foto wajahnya yang sembap disebabkan kurang tidur sejak kebelakangan ini.

“Ini realitinya, betul-betul seminggu selepas bergelar ibu kepada Raja Urhan.  Malam tanpa tidur,” tulis Uyaina.

Perkongsian pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) itu turut mendapat perhatian netizen serta rakan-rakan selebriti yang memberikan sokongan kepada ibu Raja Urhan itu.

“We are strong mama! We can do this!” tulis pelakon Mira Filzah.

“Been there, you got this mom! Sending hugs and love,” tulis Elisya Sandha.

“Still cantik,” komen Hannah Delisha.

Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Raja Syahiran pada 20 Disember tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak lelaki, Raja Urhan yang dilahirkan pada 8 September lalu.  Menurut Uyaina, dia dan suami memilih nama Raja Urhan kerana ia membawa maksud ‘pemimpin yang hebat’.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Uyaina Arshad

Published by
Juliana Johar