Pasangan penyanyi popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah mengumumkan mereka sedang hamil cahaya mata pertama.
Berita ini dikongsikan seminggu selapas mereka melakukan nikah semula pada 27 Disember 2024 selepas penikahan asal mereka pada 10 Mei tahun yang sama tidak sah dari segi syariah.
Berita gembira ini dikongsi pasangan bahagia itu menerusi hantaran Instagram Mahalini dengan kapsyen berbunyi, “Little star in my belly.”
Di bahagian komen hantaran tersebut pula, Rizky turut meninggalkan pesan. “Buat semuanya, minta doanya buat isteri aku ya,” tulis pelantun lagu Kesempurnaan Cinta itu.
Dalam gambar yang berlatarkan suasana hijau itu, pasangan bahagia itu mengenakan persalinan serba putih dengan Mahalini menunjukkan perutnya yang semakin membesar.
BACA JUGA: Pernikahan Tujuh Bulan Lalu Tidak Sah, Mahalini & Rizky Febian Nikah Semula
Spekulasi mengenai kehamilan Mahalini sudah timbul sejak tahun lalu apabila alumni Indonesian Idol itu sering menerima rawatan di hospital.
Kesahihan berita itu semakin menebal apabila baru-baru ini dia membuat pengumuman untuk berehat sementara dari dunia muzik selepas melakukan persembahan di sebuah konsert tahun baru.
Imbas kembali pasangan ini bertunang pada Mei 2023 dan melangsungkan pernikahan kira-kira setahun kemudian.
Pernikahan mereka dikatakan tidak sah kerana ustaz yang dilantik untuk menjadi wali hakim kepada Mahalini tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan undang-undang Indonesia.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI