Juara Idola Kecil musim pertama, Wada Syuhada berkongsi berita duka apabila bapanya telah pergi mengadap Yang Maha Esa buat selamanya.
Perkara itu dikongsikan menerusi plaftrom Instagram.
“Abah, semoga abah ditempatkan di syurga Allah aminn,” maklumnya ringkas.
View this post on InstagramKami redha ya Allah.. Semoga keluarga kami diberi kekuatan.. Aaminn.. Sayang abah 😭
A post shared by Wᴀᴅᴀ Sʏᴜʜᴀᴅᴀ 🇲🇾🇮🇩 (@wadasyuhadaa) on
View this post on InstagramAbah….. Semoga abah ditempatkan di Syurga Allah Aaminn..❤😭
A post shared by Wᴀᴅᴀ Sʏᴜʜᴀᴅᴀ 🇲🇾🇮🇩 (@wadasyuhadaa) on
Rakan seperjuangan turut terkesan atas ujian yang menimpa ketika umat Islam meraikan Aidilfitri dan menitipkan doa serta sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham bapanya.
Salam takziah buat Wada seisi keluarga.
Foto : Instagram Wada Syuhada
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yeke Muka Kami Sama?,”- Aishah Azman Kongsi Foto Bersama Abang, Seiraskah?
Seperti yang sedia maklum, pelakon Aishah Azman ialah adik kepada pelakon, Afiq Muiz.
Lalu baru-baru ini, Aishah atau nama sebenarnya, Nor Aishah Afika Azman Shah telah berkongsi swafoto bersama abangnya menerusi akaun Instagram.
“Yeke muka kami sama?#DahLamaTakSelfie #SelfieDenganAbangSendiri #KasiChanceLah
#SayaAdikDiaAbang #AnakBongsu #SiapaCakapAnakBongsuManja #ManaAdaManja #BanyakPulakHashtagAku,” tulisnya.
Lalu, rata-rata peminat turut memberi bayangan, mengataka wajah dua beradik itu hampir sama.
Terdahulu, Aishah pernah mengikat tali pertunangan bersama pelakon Syafie Naswip pada 7 April yang lalu.
Bagaimanapun, hubungan tersebut telah berakhir selepas 3 bulan ikatan pertunangan tersebut terjalin.
Foto: Instagram Aishah Azman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bintang Rock Indonesia Thomas Arya Turun Padang… Penganjur; “Dia Diterbangkan Khas Untuk Konsert Dangdut.”
Berita baik buat para peminat genre dangdut, penganjur Konsert Millenia Live In Kuala Lumpur bakal menampilkan bintan rock, Thomas Arya khusus bagi menggamatkan lagi acara yang bakal berlangsung pada 25 November 2023 depan.
Seperti yang dijanjikan, konsert yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam itu akan memberikan kelainan dan yang pastinya memberi kepuasan maksimum kepada para penonton.
Penganjur yang juga Pengarah Urusan Mission Sight Sdn Bhd, Jeffri Yaacob berkata, penampilan Thomas Arya bakal mengimbangi Konsert Millenia yang dibarisi ratu-ratu dangdut dari Malaysia dan Indonesia.
“Thomas Arya sangat dikenali dengan genre slow rock tetapi dia diterbangkan khas untuk konsert dangdut. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya kaitan slow rock dengan irama dangdut.
“Di situlah kelainan yang kami mahu tampilkan. Thomas Arya ‘King Of Slow Rock’, walaupun fortenya adalah muzik rock, namun keistimewaan beliau adalah cara nyanyian yang mempunyai cengkok dangdut. Beliau memiliki gaya berbeza, lain daripada yang lain,” katanya.
Menurut Jeffri lagi, kehadiran Thomas Arya pastinya akan menghangatkan lagi persembahan Amelina, Ani Maiyuni, Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek-klepek dan Rheyna Morena selain dijangka bakal mendendangkan empat lagu hits.
Thomas Arya ialah figura seni asal Padang, Indonesia, merupakan legenda Rock Indonesia yang mendapat Gelaran ‘King Of Slow Rock’ yang pernah popular dengan lagu Bunga dan Syahara.
Selain itu, kelainan lain yang bakal ditampilkan menerusi konsert ini nanti ialah, kehadiran dua DJ Dugem iaitu DJ ACE JB Style dan DJ Bob Arjuna dari Singapura turut diundang.
Mereka akan memainkan lagu-lagu irama dangdut dugem seperti yang menjadi kegilaan peminat muda di sosial media.
Tiket mengikut zon kini boleh didapati di laman sesawang ticket2u yang menawarkan harga terkini bermula dari RM240 (VIP Koplo), RM134 (Asyik), RM89 (Rindu) hingga ke zon berdiri yang hanya RM50.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas Setahun Meninggal Dunia, Punca Kematian Sinead O’Connor Kini Diketahui
Kematian Sinead O’ Connor ketika berusia 56 tahun pada 26 Julai 2023 mengejutkan ramai pihak.
Ketika itu, dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya yang terletak di kota London sebelum disahkan meninggal dunia oleh paramedik.
Kini lebih setahun berlalu, punca kematiannya dikongsikan kepada umum.
Penyanyi yang popular dengan lagu Nothing Compares 2 U itu meninggal dunia disebabkan penyakit pulmonari obstruktif kronik dan asma.
Selain itu, dinyatakan masalah jangkitan dalam saluran penafasan yang dialami menjadi salah satu punca utama kematiannya.
BACA JUGA: Jasad Sinead O’Connor Disemadikan Secara Islam Di Perkuburan Kristian Katolik
Sebelum ini, selepas proses autopsi dijalankan, pihak berkuasa sekadar menyebut bahawa penyanyi popular itu meninggal dunia secara alami.
Sinead O’Connor memeluk Islam pada tahun 2018 dan menggunakan nama Shuhada Sadaqat. Ketika itu dia dilihat selesa mengenakan hijab biarpun ketika mengadakan persembahan.
Imbas kembali, ratusan peminatnya berkumpul dalam perarakan untuk memberi penghormatan terakhir pada upacara pengebumiannya yang berlangsung pada 8 Ogos 2023.
Jenazahnya dikebumikan secara pengebumian Islam di tanah perkuburan Kristian Katolik yang terletak di kampungnya yang terletak di Ireland.
Upacara pengebumian penyanyi terkenal itu diketuai sendiri oleh ulama Islam dan imam terkemuka Ireland, Shaykh Dr Umar Al-Qadri dan turut dihadiri oleh Perdana Menteri dan Presiden Ireland.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI