“Semoga Aku Berubah…,” – Hati Aliff Syukri Terbuka Kembali Nak Tunaikan Haji

Share

Usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan dirinya akan berangkat ke Tanah Suci, Mekah untuk menunaikan ibadah Haji.

Jelas Aliff, dia berharap agar segala urusannya untuk menunai Rukun Islam kelima itu akan dipermudahkan.

“Akhirnya Allah memanggilku ke Tanah Suci. Semoga aku berubah menjadi hambamu yang lebih baik.

“Ya Allah, kau permudahkanlah perjalanan hambamu ini untuk menunaikan haji kali ini,” tulisnya.

Rasa teruja itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Cuba Bahagia itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Katanya lagi, dia juga terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk memujuk hatinya untuk kembali menunaikan ibadah haji setelah lebih sedekad.

“Alhamdulillah setelah hampir 15 tahun, barulah hati saya terbuka untuk mulakan haji dengan kerelaan diri sendiri tanpa paksaan.

“Doakan dengan langkah ini saya menjadi seorang yang lebih baik berguna kepada ibu bapa keluarga dan juga sahabat amin-amin yarobal alamin,” ujarnya lagi.

Menj ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Aliff dan rombonganbya dikurniakan haji yang mabrur.

“Alhamdulillah, semoga mendapat haji yang mabrur serta dimakbulkan dan diangkat doa Datuk Seri.

“Alhamdulillah, selamat menunaikan ibadah haji.

“Seronoknya. Semoga peroleh haji yang mabrur.

“Ya Allah, permudahkanlah segala urusan mereka dan berikan kesihatan yang baikagar ibadah mereka berjalan dengan lancar.

“Semoga mambrur dan terus bantu ramai orang dengan menjadi penyumbang zakat terbesar,” antara komen-komen netizen.

Terdahulu, Aliff difahamkan berangkat menunaikan haji bersama ibunya, Bonda Rozita, kedua-dua ibu bapa mentuanya dan anak sulungnya, Ammar.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

Published by
Aizam Manaf