Pelakon, Ashraf Muslim akui kagum dengan prinsip yang ditunjukkan oleh selebriti terkenal Indonesia, Dewi Sandra mengenai soal tuntutan hak sebagai seorang seorang isteri.
Menerusi sebuah program bual bicara, Dewi Sandra memaklumkan, sebagai seorang isteri, dia akan terus menunaikan tanggungjawabnya terhadap suami dalam apa juga keadaan sekali pun dan menyerahkan soal hak kepada Allah SWT.
“Seorang suami punyai hak dan kewajipan. Begitu juga dengan isteri. Kita harus memainkan peranan tersebut.
“Pada saya, sebagai seorang isteri, saya tidak boleh menuntut hak saya kerana saya harus memberikan kewajiban saya. Hak yang sepatutnya saya dapat, saya tidak mengharapkan daripada suami tapi daripada Allah.
“Misalnya, sebagai seorang suami, mereka punyai kewajiban untuk memberikan kita wang belanja tetapi suami tidak berbuat sedemikian. Adakah boleh untuk kita tidak menunaikan kewajipan? Tak boleh sebegitu,” katanya.
Tambah Dewi lagi, dia menyeru kepada semua pihak untuk berhenti berharap kepada manusia sebaliknya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT.
“Tugas isteri adalah untuk terus menunaikan kewajiban seperti melayan suami dan sebagainya. Tentang hak untuk meminta wang belanja, kita minta pada Allah.
Ads
“Mungkin wang datang bukan daripada suami tapi Allah tetap akan tunaikan hak kita. Jadi, jangan berharap sama manusia tentang hak. Tugas kita adalah untuk menunaikan kewajiban.
“Prinsip ini telah saya terapkan dari awal. Ini bukan cara Agus dan bukan cara saya tapi kita pakai cara Allah,” ujarnya lagi.
Video temu bual tersebut dikongsikan oleh Ashraf menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Jelas Ashraf, apa yang dikatakan oleh Dewi itu boleh dijadikan pedoman buat pasangan suami isteri untuk mendapat reda Allah di akhirat kelak.
“Suka betul cara fikiran dan pemahaman @dewisandra . Semoga aku juga dapat merasa nikmat bila mengikut cara Allah.
Kepada suami dan isteri sama-sama kita Faham dan praktikkan untuk merasa nikmat Allah.
Ads
“Ingat hidup ini hanya sementara dan fasa ini juga menentukan apa yg akan berlaku pada diri kita di alam Barzakh dan di padang mahsyar yang mana masa di fasa itu lagi lama berbanding di alam dunia ini,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar soal hak dan kewajipan ini tidak dipandang enteng buat pasangan suami isteri.
“Betul tu. Kalau tak melakukan kewajiban, itu dosa pada Allah. Jangan pandang enteng.
“Setelah berusaha tapi tidak memihak kepda kita? Reda dan serahkan kepada Allah untuk uruskan. InsyaAllah Allah sebaik-baik perancang. Jalani kehidupan dan lakukan kewajiban.
Ads
“MasyaAllah, bagus penerangan dan penerapan yang dipraktikkan oleh Dewi.
“MasyaAllah, banyak kali ulang dengar. Kadang kita berharap. Rupanya tugas kita adalah untuk menunaikan kewajiban. Hal itu datang dari Allah. Bila Allah berkehendak mesti dapat apa yang kita mahukan,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Ashraf yang mengamalkan poligami bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 September 2011 di Mekah dan dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 7.
Manakala, menerusi perkahwinan kedua bersama Wan Sakinah Ahmad Saburi yang dinikahi di Thailand pada 7 Julai 2013 pula, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kurang seminggu sebelum konsert sulungnya diadakan, Stacy mendedahkan dia terpaksa berpantang mengambil makanan pedas bagi mengelakkan serangan ‘anxiety’ (keresahan).
Menurut Stacy atau Ummu Syaikah Stacy Anam, 33, dia sebenarnya baharu menyedari makanan pedas boleh menyebabkan dirinya berada dalam keadaan anxiety.
Selain keresahan, penyanyi lagu Pelangi Petang itu turut mempunyai masalah pedih ulu hati (gerd) yang diwarisi daripada bapanya.
“Menjelang hari konsert, saya mengelak daripada makan makanan pedas.
Menurut Stacy lagi, setiap kali diserang anxiety, dirinya akan menggigil selain jantungnya akan berdegup dengan laju sehingga menyebabkan dia hilang fokus.
Namun dengan bantuan orang sekeliling, Stacy mampu menanganinya dengan sendiri tanpa perlu mendapatkan rawatan daripada pakar.
“Setiap kali berkongsi dengan Akim (suami), dia akan meminta saya untuk bertenang dan jangan terlalu memikirkan perasaan tersebut.
“Ahli keluarga juga akan menegah saya untuk duduk bersendirian, sebaliknya sibukkan diri dengan melakukan aktiviti lain,” katanya.
Dalam perkongsian lain, juara program realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6), turut mendedahkan dia sebenarnya mula mengalami serangan anxiety sejak di bangku sekolah menengah lagi.
“Ketika itu saya tidak tahu masalah yang dialami ini disebabkan oleh serangan anxiety.
“Sebaliknya saya ingatkan saya ada ‘superpower’ (tertawa).. barulah saya tahu selepas ada kesedaran tentang perkara itu,” katanya lagi.
Jelas ibu kepada tiga cahaya mata itu, setiap kali diserang anxiety, dia akan mengalami muntah-muntah, selain tangannya akan menggeletar tanpa sebab.
Konsert sulung Stacy bakal diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada 25 Februari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kakak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Noor Hayati Kamarzaman akui teruja selepas mengetahui mereka sedang menaiki kapal terbang yang sama dengan pelakon popular Korea Selatan, Lee Jae Wook.
Pada ketika itu, Noor Hayati bersama keluarganya difahamkan sedang dalam perjalanan pulang selepas bercuti di Korea Selatan.
Jelas Noor Hayati, dia tersedar akan keberadaan Lee Jae Wook sewaktu dia sedang memeriksa keadaan anak-anaknya yang sedang menjamu selera di dalam kapal terbang.
“Nak tengok anak dekat belakang tengah buat apa. Patutlah dia macam risau tengok saya telah rakam video.
“Saya dan suami tak tahu sebenarnya belakang tu artis Korea. Kitaorang ulang alik tandas belakang ni haa.
“Mak mertua dekat sebelah tu, Kak Yatie risau dia pandai tak makan. Yah Rojak lagi selera layan bibimbap dari artis,” tulisnya.
Video tersebut dikongsikan oleh Noor Hayati atau lebih mesra disapa Kak Yatie menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, dia juga tidak mahu terlalu menunjukkan perasaan teruja kerana bimbang pelakon tersebut akan berasa terganggu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja selain turut terhibur dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Noor Hayati.
“Untungnya Kak Yatie.
“Drama dia tengah famous dekat Netflix sekarang. Alchemy Of Souls.
“Kalau saya dah pengsan bangun balik pengsan balik.
“Padahal dekat luar peminat-peminat dia tengah tunggu ketibaan dia. Kak Yatie relex je dalam tu satu flight.
“Kalau kami duduk tempat Kak Yatie mungkin dah menggelupur dah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, nama Lee Jae Wook kini menjadi perhatian dunia selepas drama lakonannya yang berjudul, Alchemy Of Soul kini sedang meledak di aplikasi penstriman, Netflix.
Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Noor Hayati telah pu meraih lebih 200,000 jumlah tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Noor Hayati
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan duo, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran yang diumumkan sebagai pemenang Duo Terbaik mingguan Famili Duo musim tiga (FD3), pada Ahad.
Pasangan sepupu ini sukses meraih markah sebanyak 62.5 peratus selepas menerima reaksi positif dua juri tetapnya, Ajai dan Mas Idayu.
Atas kemenangan tersebut, Haqiem dan Ariff berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000.
Haqiem dan Ariff mempersembahkan lagu Janam Janam, Goyang Inul dan Cintaku 100% bagi menyempurnakan tema minggu ini, iaitu Dangdut/Hindustan.
Kemenangan itu juga memberi peluang kepada mereka untuk memilih tema bagi minggu hadapan iaitu Idola/Legenda.
Sementara itu, Sharif & Syaiful Zero menduduki tempat kedua, diikuti Ryan & Adam Bakery, Tom & Fuad Rahman, Syahir & Shila Amzah dan Adira & Emma Suhaimi.
Famili Duo 3 disiarkan secara langsung di TV3 setiap Ahad, jam 9 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!