Anggota kumpulan Indigo, Bad mendedahkan dirinya kini sudahpun kehilangan kesemua jari kaki kirinya akibat penyakit kencing manis yang dideritainya ketika ini.
Memetik laporan Harian Metro, Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah kini terpaksa bergantung kepada alat berjalan (walker) sejak Oktober tahun lalu.
“Mulanya jari kecil dulu kena potong. Kemudian tiga jari lagi selepas sebulan dan terakhir ibu jari pada September tahun lalu. Sekarang semua jari kaki kiri sudah tidak ada.
“Disebabkan itu, ia membataskan pergerakan saya dan perlu menggunakan ‘walker’ yang turut berfungsi seperti kerusi roda,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, suami kepada penyanyi, Ashira Aziz ini turut tidak menolak andai dia terpaksa menggunakan kerusi roda bagi mengurangkan pergerakan pada kakinya.
Katanya lagi, dia juga harus membersihkan luka di bahagian kakinya itu selang sehari.
“Sejak itu pergerakan saya sangat terbatas dan memenatkan apabila bergerak. Ini kerana saya banyak menggunakan kaki kanan untuk menampung badan. Sekarang lutut kanan saya pun sudah sakit.
“Saya seperti akan menggunakan kerusi roda juga nanti sebab kaki ini banyak tekanan hingga mengakibatkan luka selalu terbuka.
“Apa yang menjadi masalah sekarang apabila banyak juga tempat yang tidak mesra OKU. Jadi susah untuk saya bergerak.
“Namun, susah macam mana pun, apa yang penting kena senyum. Ini kerana Allah Maha Adil, jadi ada yang lebih baik untuk saya, Insya-Allah,” katanya lagi.
Pada masa sama, Bad turut memaklumkan dia juga telah menerima bantuan daripada beberapa agensi kerajaan bagi meringankan beban dirinya dan juga keluarga.
“Bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) belum dapat lagi sebab saya belum lengkapkan borang. Alhamdulillah, baru-baru ini dapat sumbangan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),”akhirinya.
Sebelum ini, Bad memaklumkan dia kini sedang didalam proses untuk memohon status Orang Kelainan Upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mengurangkan kos rawatannya dari semasa ke semasa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Harian Metro & Instagram Bad Indigo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia mendedahkan bahawa suaminya itu sudah hampir tiga bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon.
Meskipun Fizz telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian menerusi drama Kamar Kamariah di Anugerah Skrin 2019 baru-baru ini, namun Almy mendedahkan bahawa segelintir pihak produksi seakan ‘takut’ untuk menggambil Fizz berlakon kerana menganggap bayaran yang dikenakan terlalu mahal.
“Bila dah 2 bulan tak ada job, muka ketat. Org bajet dia busy,fizz busy,fizz busy,fizz mahal,fizz sibuk… hahahahahahahah sedangkan dah dok umah nak masuk bulan ker 3 tak ada,” tulisnya.
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah berkongsi khabar duka selepas memaklumkan bapa mertuanya, Datuk Abd. Rahman Abu Bakar telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 12.50 pagi Selasa, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Perkhabaran tersebut dimaklumkan oleh Shahirah menerusi entri terkini di laman Instagram.
“Ingin memaklumkan bahawa suami kepada mak mertua saya telah meninggal dunia di PPUM.
“Semoga ditempatkan orang orang beriman dan takziah buat seluruh keluarga Dato Rahman. Al Fatihah,” tulisnya.
Perkara sama turut dikongsikan oleh suaminya yang juga pelakon dan anak kepada seniwati, Datin Maria Arshad, Ijoy Azari.
Arwah bapa mertua Shahirah difahamkan telah selamat dikebumikan pada hari yang sama.
Kesemua mereka yang terlibat dalam proses pengurusan jenazah dilihat lengkap mengenakan suit personal protective equipment (PPE).
Bagaimanapun, punca sebenar kematian Allahyarham Datuk Abd. Rahman masih lagi belum dikongsikan kepada umum.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa duka selain turut mendoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Salam takziah buat Datin, Kakak dan Abg Ijoy sekeluarga.
“Innalillahiwainnailaihirojiun semoga rohnya dicucuri RahmatNya Dan ditempatkan bersama para solehin.
“Semoga arwah tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. Salam takziah untuk akak sekeluarga yer.
“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sharifah Shahirah & Ijoy Azhari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.