Selepas memberikan kenyataan balas kepada suaminya, Syamsul Yusof berhubung soal mambawa anak-anak keluar tanpa izin, perkongsian pelakon, Puteri Sarah Liyana mendapat perhatian ramai pihak.
Antara yang turut sama memberikan respon berhubung isu tersebut termasuklah ibu mertuanya, Datin Fatimah Ismail.
Respon tersebut ditinggalkan Fatima menerusi ruangan komen pada entri terbaharu menantunya itu di Instagram.
“Semoga Allah gantikan ‘ayah’ yang lebih baik untuk cucu-cucu saya,” tulisnya ringkas.
Malah, titipan yang dipanjatkan itu turut mendapat reaksi balas yang pelbagai di kalangan netizen.
Ads
Petang tadi, Syamsul memaklumkan dirinya sudah selamat bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.
Pengakuan itu dikongsikan sendiri Syamsul menerusi laman Instagram.
Malah, dia juga turut memohon Puteri Sarah untuk pulang ke rumah dan berhenti membawa anak-anaknya keluar tanpa izin.
“Puteri Sarah masih isteri saya, harap Sarah pulanglah ke rumah supaya kita boleh berbincang masalah yang berlaku. Tak perlulah nak hebahkan di media sosial dan buka aib orang.
Ads
“Sudah-sudahlah bawa anak keluar tanpa izin suami. Saya tak mahu orang cakap saya tak menjalankan tanggungjawab sebagai suami,” kata Syamsul.
Tidak berdiam diri, Puteri Sarah pula mendedahkan bahawa Syamsul sebenarnya yang sering mininggalkan anak-anak dan isteri serta jarang berada di rumah.
“If Syaikhul dan Sumayyah can give statement to the court, they will say ‘Ayah yang bakali- kali keluar rumah, tinggalkan mama, abang dan adik. Not us. Where is ayah, selalu tak ada dekat rumah?
“@syamsulyusoffilm do not turn your stupidity towards me. Do not use Allah’s name to make you an angel di mata manusia,” tulis Sarah.
Ads
Malah menerusi perkongsian di Instagram stories, Puteri Sarah telah secara sinis menitipkan ucapan tahniah buat Syamsul dan Ira Kazar.
Katanya lagi, dia juga bakal membuat satu video pendedahan tidak lama lagi.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Puteri Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nora Danish dan keluarga sering mendapat perhatian ramai dek gaya dan kecomelan masing-masing.
Terbaru, suaminya Nedim Aziz telah berkongsi foto di Instagram yang melihatkan dia sedang bermain permainan digital, PUBG sambil ditemani anaknnya,Neyney.
Penyanyi, Nora Ariffin menyifatkan dirinya masih terasa dekat dengan Allahyarham suaminya, Johan Nawawi meski pun telah hampir tiga tahun arwah meninggal dunia.
Bagaimanapun, Nora tetap meluahkan rasa sedih kerana sudah hampir dua minggu dia tidak berkesempatan untuk menziarahi pusara suaminya itu dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuat kuasakan ketika ini.
“Ada dalam tiada. Dua minggu tak dapat ziarah kubur. Hanya hadir dalam mimpi,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat selain turut berharap agar keadaan dapat kembali pulih seperti biasa.
Terdahulu, Allahyarham Johan yang juga merupakan seorang komposer telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Sumber: Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Saya tak endah kata-kata orang”. Itu antara kata-kata tegas pelakon, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas apabila ada segelinitir hasutan yang melabelkan tunangnya, Isa Khan sebagai kaki perempuan (playboy).
Risteena berkata, dia sesekali tidak ‘termakan’ apabila ada pihak yang cuba meracuni fikirannya sejak mengetahui dia dan Isa bercinta.
“Sebelum ini orang kata dia (Isa) playboy, tapi saya tahu keperibadiannya dia bukan jenis macam itu (playboy) dan saya mempercayai kejujurannya. Saya tidak mengendahkan kata-kata-kata mereka terhadap Isa.
“Kejujuran yang ditunjukkan Isa membuatkan saya yakin untuk ambil keputusan menerima lamaran dia.
“Saya nampak Isa berusaha bersungguh-sungguh dan mahu melamar saya,” kata Risteena kepada MH.