Pasangan selebriti, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia, ada berkongsi berita sedih apabila Almy Nadia terpaksa menggugurkan kandungan yang ketika itu baru mencecah usia empat bulan.
Ia berikutan pendarahan rahim yang dialami bintang berkenaan yang sekali gus dinasihatkan doktor untuk menggugurkan kandungan tersebut demi menyelamatkan nyawa.
Malah Almy turut berkongsi lanjut mengenai perkara itu menerusi IG TV di Instagram.
Serentak dengan perkongsian tersebut, peminat turut menzahirkan rasa sedih dan mendoakan agar Almy segera sembuh.
Malah, rakan selebriti termasuk bintang media sosial dari Seberang, Mimi Peri turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pelakon berkenaan.
Ads
“Semoga cepat sembuh buat Datin Almy Nadia, isteri Datuk Fizz Fairuz. Datin Almy mengalami keguguran, semoga Allah melindungi, diberikan kesihatan dan boleh hamil lagi.
“Buat kalian, para followers mohon doanya supaya Datin Almy Nadia cepat sembuh. Aku mohon kalian semua mendoakan ya. Terima kasih,” ucapnya dalam satu klip video.
Video yang turut dikongsikan kembali oleh Fizz di Instagram miliknya juga turut mendapat reaksi dari Almy.
Sementara Fizz turut mengucapkan terima kasih selain menyifatkan Mimi peri sebagai sahabat dunia akhirat.
Ads
Pada masa sama, rata-ratanya netizen turut terharu dengan ucapan yang disampaikan instafamous terbabit.
Terdahulu, hubungan di antara Mimi Peri dan pasangan selebriti itu terlihat akrab apabila mereka saling melakukan sesi ‘IG Live’ bersama hingga menjadi sensasi di internet.
Foto: Instagram Mimi Peri, Datuk Fizz Fairuz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, pelakon Mira Filzah ada memberi ruang buat para peminatnya untuk bertanya mengenai apa sahaja menerusi aplikasi Ask Me Question menerusi Instagram.
Pelbagai soalan telah diutarakan peminat dan dijawab ringkas Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-32 ini.
Bagaimanapun, antara soalan yang menarik perhatian adalah apabila pelakon Sweet Dreams ini ditanya sama ada adalah dia rasa ‘sayang’ atau tidak untuk tanggalkan solekan sebelum mengambil wuduk.
“Pernah tak rasa sayang nak buang makeup before nak ambil wuduk?,” tanya salah seorang pengguna media sosial.
Lalu ia dijawab ringkas Mira.
“Tak. Rasa lagi sayang kalau solat tu tak sah bila tak buang makeup betul-betul before ambil wudhuk,” jawabnya.
Dalam perkembangan lain, Mira baru sahaja muncul menerusi single terbaru Caprice, Baby Sayang dan muzik video lagu berkenaan sudah pun boleh ditonton menerusi YouTube.
Foto: Instagram Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi detik-detik terakhir bersama burung peliharaannya, hos dan penyampai radio Nadia Hasnan tak dapat tahan perasaan lalu menangis.
Bintang itu terpaksa melepaskan burung yang dipanggil Piqa dan Usher ke habitat yang lebih baik iaitu di Zoo Negara.
Kongsinya menerusi keratan video di Instagram, kesibukan kerja membuatkan dia sering terlepas pandang akan keperian haiwan tersebut.
“It is hard to say this, but today, insha allah after hbis shooting..nadia akan send Piqa and Usher ke @zoonegara_malaysia .. I decided to lepaskan drang kat sana sebab i believe kat sana drang lebih bebas utk fly dlm sangkar lebih besar dan ade ramai kwan2..
“I thought bela drang cukup sekadar lepaskan dlm rumah mcm korang selalu tengok,but somehow they deserve more than that and honestly kalau nadia bz dgn kerja, nadia xsempat nak lepaskan drang.
“I hope my decision is wise and they will be so much happy utk tinggal dgn family baru.
“So last day utk dengar drang panggil2 kite utk bagi makan. I will miss both of you so damn much,” kongsinya di ruangan kapsyen pula.