Khabar duka menimpa pengacara dan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman selepas bapanya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Isnin.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh PU Azman atau lebih mesra disapa Cik Man menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
View this post on Instagram
“Ayah Cik Man baru minggal sebentar tadi (Isnin). Doa kan dia ye,” tulisnya ringkas.
Dikesempatan itu juga, Cik Man turut menyeru kepada semua untuk sama-sama mendoakan semoga arwah bapanya itu ditempatkan dikalangan para solihin.
Dalam pada itu, pelakon drama, 4 Abdul ini juga turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah hadir dan membantu menguruskan jenazah bapanya itu.
“Semoga Allah membalas kalian dengan kebaikkan. Terima kasih banyak kepada yang datang bantu uruskan jenazah ayah Cik Man, yang datang ziarah dan mendoakan.
“Semoga segala doa kebaikkan itu kembali semula kepada si pendoa,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Cik Man.
“Allahu, salam takziah Cik Man
“Salam takziah Cik Man. Semoga arwah ditempatkan bersama orang beriman.
“Semoga arwah ditempatkan bersama para solihin. Sabar ye Cik Man.
“Semoga Cik Man tabah hadapi dugaan Allah ini.
“Semoga Allah ampunkan beliau dan dijauhkan dari azab kubur,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Pada Januari lalu, Cik Man sempat berkongsi momen indahnya bersama arwah bapa sewaktu menyambut hari kelahirannya di kampung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram PU Azman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI