Tahniah diucapkan buat penyanyi, Hetty Sarlene yang dijangka bakal melahirkan anak sulung lelaki, tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan penyanyi Sangsi Asmara asal Singapura ini menerusi hantaran terkini di Instagram yang turut dilampirkan foto dan video pendek.
“Its a boy!,” tulisnya ringkas sambil diselangi dengan beberapa tanda pagar.
Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat terus memberikan dedikasi seterusnya ucapan tahniah buat Hetty dan suami.
Terdahulu, Hetty mendirikan rumah tangga dengan Daniel atau nama Islamnya Dani Aaqil yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.
Pasangan ini mengumumkan mengenai bakal menerima ahli keluarga baru bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat, bulan lalu.
Foto: Instagram Hetty Sarlene
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tipulah Kalau Saya Tak Rasa Sakit, Tapi…,” – Elyana Syukur Digantikan Rasa Bahagia Dalam Jiwa, ‘Update’ Rawatan Yang Diterima
Penyanyi Elyana mengucapkan terima kasih buat semua yang tidak putus mendoakan kesembuhan dan menitipkan ucapan yang baik-baik buatnya.
Jelas Elyana meski sedang berdepan ujian penyakit, namun dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia dikurniakan kebahagiaan di dalam diri.
“Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan dan beri kata-kata semangat buat saya terus tersenyum.
“Tipulah kalau saya tak rasa sakit.. tapi saya tetap bersyukur kerana Allah SWT beri saya sakit dan gantikan kebahagian dalam jiwa saya.
“Semoga semangat ini terus memberi manfaat untuk mereka yang sedang sakit. Its ok… fake it untill you make it! Hadapi Dengan Senyuman,” tulisnya menerusi hantaran terkini di Instagram.
Sementara itu menerusi plaform sama, penyanyi yang popular menerusi lagu Niat dan Ironi itu turut berkongsi rawatan terkini yang diterimanya.
“Alhamdulillah… Selesai chemo yang ke 3. Hari ni result darah saya. Darah putih rendah 2.0.
“Jadi kena cucuk pulak energy bososter kat perut. Apa apa pun..keep fighting ok!,” tulis Elyana.
Sejak 10 tahun lalu, Elyana menghidap kanser limfoma tahap empat dan pertama kali dia mendedahkan mengenai penyakit yang dialaminya itu sejurus konsert Gegar Vaganza musim keempat yang disertainya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Belanja Atas Isteri Dan Keluarga Sedekah Paling Besar Nilainya, Nafkah Wajib,” – Kongsi Video Sama Kereta Mewah, Ramai Tertanya Adakah Ia Hadiah Buat ‘Orang Rumah’?
Satu klip video pendek daripada pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew mendapat perhatian ramai.
Entri terkininya yang dikongsi menerusi Instagram itu merakamkan dirinya yang sedang berada di dalam sebuah kereta mewah, jenama Audi berwarna putih.
Namun, Ebit tidak pula memberikan perincian mengenai tujuan ia dimuat naik atau siapakah tuan empunya kereta berkenaan.
Bagaimanapun, kapsyen panjang yang dikarang Ebit buat isteri serta keluarga seolah-olah menggambarkan kereta berkenaan adalah sebagai hadiah buat permaisuri hatinya.
Malah, perkara sama turut menjadi persoalan di kalangan wargamaya di ruangan komen.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
“Syukur pada Allah pemberi rezeki. Terima kaseh Allah. Doa terbaik Alhamdulillah.
“Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri itu juga kita kongsi dengan isteri. Ada orang boleh beli kasut mahal. Beli rim kereta. Beli radio aksesori kereta atau motor. Belanja ikut kemampuan tanpa menyusahkan diri.
“Tapi dengan isteri dan keluarga susah nak belanja. Masam muka. Belanjalah kerana Allah buat keluarga. Dengan belanja isteri dan keluarga Allah beri kita kaya dan rezeki melimpah ruah. Dan paling utama Allah maafkan dosa kita sebab pemberian kita,” tulis Ebit.
Dia pada masa sama turut mendedahkan mengenai rutin yang dilakukan khas buat isteri.
“Sebelum pergi kerja saya selalu duit tinggal atas meja. Beri kad bank pada isteri. Ambil insuran buat isteri kerana Allah. Sebab tahu belanja anak dan isi rumah banyak. Barang dapur jer dah berapa. Susu pampers anak.
“Allahuakbar.. Dari dulu lagi. Tak pernah tanya duit tu untuk apa. Senyuman dan pengorbanannya tak terbayar. Janganlah kedekut pada isteri dan keluarga. Isteri ibu pada anak kita.
“Sedih baca ramai juga masa takde duit takperlah. Isteri pun tak susahkan suami. Tapi dah senang mulalah guna untuk macam-macam tapi lupa belanja isteri.
“Beri nafkah buat isteri ini wajib mengikut kemampuan. Senangnya apa kita suka untuk diri kita. Kita nak isteri dapat dan rasa perkara yang sama.
“Allah pasti berkati dengan sedekah. Sedekah paling besar nilainya ialah buat isteri dan anak-anak. Buat mak ayah. Dan juga adik beradik,” jelasnya lagi.
Sementara itu, selain ramai yang membuat telahan pelbagai, wargamaya turut bercakap mengenai model kereta yang dikongsikan.
Terdahulu, umum sebelum ini sedia maklum figura yang sinonim dengan kerja amal itu turut mempunyai beberapa sumber pendapatan sebagai punca rezeki.
Foto: Instagram Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Drama Sabarlah Duhai Hati Tamat, Saharul Ridzwan Mohon Maaf Andai Ada Terkurang – “Terima Kasih Untuk 35 Hari Anda.”
Drama rantaian berjudul Sabarlah Duhai Hati yang bersiaran di slot Akasia, TV3 telah pun melabuhkan tirainya malam tadi.
Pelakon utamanya, Saharul Ridzwan yang mendukung watak sebagai Affan menitipkan ucapan terima kepada semua yang setia menonton drama bersiri terbitan Suhan Movies itu.
Sambil memanjat rasa syukur, Saharul atau nama lengkapnya, Mohd Saharul Ridzwan Hashim memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan terhadap lakonannya menerusi drama berkenaan.
“Alhamdulillah. Terima kasih utk 35 hari anda bersama Sabarlah Duhai Hati. Yang kurang yang tak sampai, saya minta maaf,” tulisnya.
Aktor berusia 32 tahun juga berharap agar penonton mendapat mesej baik yang ingin disampaikan sepanjang ia bersiaran.
“Semoga ada kebaikan yang dapat disampaikan. InShaaAllah, ada rezeki yang baik, kita bertemu lagi. Amin Ya Allah! Salam PKP 3.0 Jaga Diri,” tulisnya.
Sabarlah Duhai Hati turut dibintangi pelakon Amyra Rosli di samping Puteri Sarah Liyana, Iman Suhana, Izzue Islam, Datin Fadilah Mansor dan ramai lagi.
Foto: Instagram Saharul Ridzwan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI