Selepas hebahan mengenai kehilangan bekas personaliti TV, Zalina Azman dihebahkan pihak berkuasa sejak semalam, rakan sejawatan sebelum ini masing-masing berdoa seterusnya mengharapkan yang baik-baik buat sahabat mereka.
Hos dan bekas pembaca berita TV3, Sharifah Shawati Syed Mohd misalnya turut menitipkan perkara sama menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di Instagram.
“Zal where are you…? Hope you are safe somewhere and Allah is guarding you. Please be safe. Prayers to you always .Whatever you are going through ingat Allah. #pray to Allah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Terdahulu Datin Seri Normala Samsudin turut mengharapkan Zalina atau nama sebenarnya Zalina Shaharah Azman,58, berada dalam keadaan selamat.
Selain Normala, senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi dan Datuk Aznil Nawawi menerusi Instagram masing-masing turut menyeru orang ramai membantu mencari sahabatnya itu.
“Saya dan yang lain ingin memohon pertolongan rakyat Malaysia. Pohon bantu kami mencari sahabat kami Zalina Azman. Sila ke balai terdekat sekiranya bertemu beliau.
Sungguh kami hargai jasa baik kalian semua,” pohon Ras Adiba menerusi hantaran terkininya.
Meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, peminat turut sama berdoa semoga usaha mencari Zalina dipermudahkan.
“Semoga Allah permudahkan segala urusan dan selamat. Both of you are my fav tv presenter.”
Ads
“Allahu…Misteri sangat. Semoga Allah temukan dengan selamat.”
“Lain muka dia sekarang. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Amin.”
“Semoga dipermudahkan segala urusannya dan segera dipertemukan…Amin.”
Terdahulu, polis sedang giat mencari bekas personaliti TV3 itu yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.
Ads
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina berhubung kehilangannya pada 29 November tahun lalu.
Sehubungan itu, IPD Shah Alam menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkan info berkenaan kepada pegawai penyiasat kes, Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.
Zalina cukup terkenal sebagai pembaca berita program Money Matters, sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://www.youtube.com/watch?v=UPVA_xB964E
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seronok melayan peminat yang datang menyapa, Caliph Busker tidak menyangka ‘peminat’ yang datang berborak dan menyanyi bersama adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Cukup tersentak hati apabila Raja Permaisuri Agung turut sama mencemar duli mendendangkan lagu Gurindam Jiwa. Malah, Permaisuri cukup berjiwa rakyat, hanya duduk bersandar di kerusi sambil menikmati alunan lagu.
Tidak cukup satu lagu, Permaisuri turut meminta lagu Roman Cinta dan Hanya Namamu.
“Sambil tunggu nak soundcheck, tiba-tiba ada yang menyapa salam dan bertanya khabar. Berborak lama kita.
“Akhirnya baru tahu itu adalah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Penyanyi Azharina Azhar memberikan penghormatan dan dedikasi terakhir buat rakan artis yang juga vokalis kumpulan Screen, Gmie yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Dalam satu perkongsian yang dibuat di laman Facebook, hubungannya bersama arwah rapat dan saling bertanya khabat sejurus sama-sama menyertai Gegar Vaganza musim ketiga (GV3).
“Asalamualaikum. Seorang Abang yang baik hati selalu tanya khabar Nina. Selalu bagi nasihat suruh jaga diri dan anak sebab dia tahu Nina duduk sendiri. Dari 2016 mengenali abang Gmie, kami sama-sama di GV3.
“Dia dan abang Ameng yang rapat dengan Nina waktu kami sama-sama di GV. Sedih sayu rawan rasa hati bila hari ini menerima berita abang sudah tiada,” tulisnya.
Penyanyi lagu Elergi Sepi ini turut menitipkan doa, mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.
“Semoga Allah Taala menempatkan roh abang di sisi orang beriman, senantiasa melapangkan kubur dan dijauhi azab kubur. Sama sama kita sedekahkan Al-Fatehah buat Arwah Abang Gimie Screen.
“Takda dah orang bawa Nasi Ambeng lepas ni kat Nina,” tulisnya lagi dan disusuli doa serta ucapan takziah dari peminat pada ruangan komen.
Terdahulu Awani melaporkan, Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang.
Menurut anak Allahyarham, Siti Hadirah, beberapa hari sebelum ini, ayahnya kurang sihat dan hilang selera makan.
Bahkan, kata Siti Hadirah, Allahyarham juga pengsan di rumah sebelum keluarga menghubungi ambulans sebelum ini.
Gmie menempa nama sebagai antara penyanyi terbaik negara menerusi kumpulan Screen yang popular dengan lagu Bila Cinta Didusta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...