Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti ada menitipkan ucapan bersempena ulang tahun kelahiran Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang ke-60.

Selain itu, penyanyi lagu Anta Permana ini menyifatkan sikap keperibadian Tunku Azizah sangat tinggi sekali gus amat disenangi masyarakat.

Malah, Tok Ti turut menjadikan sikap keperibadian Tunku Azizah sebagai satu inspirasi buat dirinya.

“Selamat menyambut Hari keputeraan( kelahiran )ke-60 buat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

IKLAN

“Tuanku Permaisuri Idola patik dalam mengharungi cabaran untuk bergelar seorang ibu. Keimanan,Kesabaran yang tinggi & usaha yang tidak kenal lelah Tuanku tunjukkan menjadi inspirasi patik untuk mencapai impian yang kini jadi kenyataan,” tulisnya.

Di samping itu, penyanyi berusia 41 tahun ini mendoakan agar Raja Permaisuri Agong dipanjang umur dan dilimpahkan rahmatNya.

IKLAN

“Semoga Allah Swt lanjutkan usia KDYMM Raja Permaisuri Agung yang disayangi seluruh rakyat jelata , limpahkan Rahmat didunia dan Akhirat. Aamiin ya Rabb.

“Bukan raja sebarang raja,
Taja hulubalang panglima berempat,
Bukan raja sebarang raja,
Raja penyayang,bijaksana dan berdaulat.,” tulisnya.

IKLAN

Sekadar informasi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diputerikan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960.

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI