Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi laman Instagram miliknya menitipkan doa buat barisan hadapan petugas perubatan yang sentiasa bersedia dalam menangani wabak COVID-19.
Rakaman tersebut turut berkongsi etika pemakaian personal protection equipment bagi petugas melakukan saringan, pengambilan sampel dan merawat pesakit COVID-19 antaranya prosedur mengambil masa 45 minit untuk satu pesakit, kakitangan ini berisiko mendapat jangkitan, melakukan saringan tanpa henti, persekitaran kerja yang panas dan perlu bekerja tanpa henti.
“Semoga Allah swt sentiasa melindungi kalian ..Fii Aamanillah ….#Repost @intrendmalaysia with @make_repost
・・・
“Merekalah ‘pejuang’ kita sekarang ini, berkhidmat tanpa mengira masa, keluarga dan keselamatan diri. Sama-sama kita sokong barisan depan kakitangan hospital yang terlibat dengan rawatan pesakit Covid 19 ini dengan memainkan peranan sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap pencegahan awal. Terima kasih semua kakitangan terlibat,” kongsinya.
Filem Abnormal Buas yang bakal ditayangkan pada 20 Jun ini memulakan sesi pengenalannya menerusi pelancaran novel adaptasi daripada filem itu yang berlangsung di Pentas Utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Novel yang menggunakan judul sama itu ditulis oleh Shahriman Wahap, Nadzri Kamsin dan Syamzaly Musa serta diterbitkan oleh Karya Publika Sdn Bhd.
Pelakon yang juga penerbit filem itu Aeril Zafrel berkata, penerbitan novel ini membolehkan khalayak untuk mengenali dan memahami cerita Abnormal Buas dengan lebih mendalam lagi.
“Novel ini diterbitkan disebabkan cerita yang begitu kaya dan mendalam, sehingga tidak dapat dimuatkan sepenuhnya dalam format filem. Dengan menerbitkan novel terlebih dahulu, pembaca dapat menyelami perjalanan cerita secara lebih terperinci dan komprehensif.
“Malah, walaupun tanpa mengikuti keseluruhan trilogi, mereka yang menonton filem ini pun akan tetap dapat memahami ceritanya dengan baik.
“Sebenarnya, untuk menggambarkan keseluruhan cerita dari novel dalam bentuk filem pun mungkin tidak mencukupi. Jadi novel ini menjadi tambahan yang memperkaya pemahaman penonton terhadap dunia cerita yang begitu mendalam.
“Bagi mereka yang membaca novel ini, pasti akan dapat menyelamidan memahami cerita ini dengan lebih menyeluruh dan bermakna,” katanya.
Aeril menambah, filem itu mengisahkan manusia yang bersifat ‘kebinatangan’ dengan diselitkan eleman fiksyen.
“Filem ini tidak berlatarbelakangkan Malaysia, sebaliknya ia berkisarkan di negara yang berbeza. Bandar dan watak yang diketengahkan juga bukan dari Malaysia, memandangkan cerita ini mengandungi unsur-unsur yang mungkin dikenakan tapisan sekiranya ia berlatar di negara kita.
“Oleh itu, untuk memberikan kebebasan kreatif, kami mencipta satu negara yang berbeza sebagai latar belakang. Apa yang menarik mengenai novel dan cerita ini ialah ia agak unik dan mempunyai banyak unsur yang mendebarkan serta membangkitkan rasa teruja,” katanya lagi.
Selain Aeril, filem terbitan Respected Citizen Production inimenampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Nabila Huda, Wawa Zainal, Johan Asari, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, Ahmad Yatim, Datuk Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali, Jalil Hamid dan ramai lagi.
Novel menceritakan, Dahliya yang ingin melupakan sejarah hitamnya dan mahu memulakan hidup baru bersama anaktunggal kesayangannya Izo. Namun detik hitam muncul lagi dalam hidup Dahliya apabila rumah mereka dimasuki oleh pasangan penyamun, Bullet dan Speed.
Dahliya dan Izo berjaya mengusir mereka, namun sewaktu dia membuat laporan di balai polis, ASP Musa Grey bertindak memperkosa Dahliya di depan Izo.
“Dahliya dan Izo di datangioleh tiga lelaki yang mewakili E-1, agensi rahsia yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan politik di Kota Lemuriya.
Mereka berdua diangkat menjadi pembunuh upahan pasukan E-1 yang berpengkalan rahsia di hospital mental Pusat Aman Bahagia.
Selepas 20 tahun, dalam satu pertemuan yang tidakdijangka, Izo bertemu semula dengan ASP Musa Grey, Bullet dan Speed di Harmoni Vila. Izo kali ini sudah bersedia dan tragedi berdarah bakal berlaku di vila itu.
Novel dijual pada harga RM33.90 di Semenanjung Malaysia dan RM35.90 untuk pasaran Sabah dan Sarawak.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski sudah tidak lagi bersama, namun, ia tidak menghalang untuk pelakon, Keith Foo dan bekas isterinya, Kim Raymond menyambut Tahun Baru Cina bersama anaknya baru-baru ini.
Perkara tersebut dikongsikan Keith Foo atau nama sebenarnya, Foo Chuan Chin menerusi sebuah entri yang dikongsikan di laman Instagram.
Entri berkenaan nyata mengundang rasa senang di hati ramai pihak terutamanya buat para peminat Keith Foo.
Dalam pada itu, pelakon drama, KL Gangster Underworld 2 ini turut menggunakan kesempatan tersebut untuk meraikan hari lahir bekas isterinya yang jatuh pada tanggal 13 Februari.
Khabar duka menimpa pelakon dan personaliti media sosial, Aisar Khaled selepas memaklumkan ibu tirinya Rahayu Muhammad telah kembali ke rahmatullah pada pagi Rabu.
Berita mengenai kematian itu dikongsikan oleh Aisar menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Menurut pelakon drama Chandelier ini, meskipun agak berat baginya untuk menerima pemergian tersebut, namun dia tetap reda dengan segala ketentuan yang telah diaturkan oleh Sang Pencipta.
Menerusi entri berasingan, bintang berusia 22 tahun ini turut berkongsi sepotong video sewaktu dia menyempurnakan jenazah ibu tirinya itu di tanah perkuburan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa dukacita selain turut menitipkan doasemoga arwah ibu tiri Aisar ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Inalillahiwaiina hirojiun. Semoga Allah beri rahmat kepada allahyarhamah Dan semoga doa menjadi penghubung. Semoga bertemu kembali di akhirat kelak.
“Baik orangnya. Meninggal dalam bulan Ramadan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
“Innalillahiwainnailaihirojiun.. semoga allah meletaknya dikalangan orang yang beriman.
“Al-fatihah. Stay strong Aisar! Tahu Aisar kuat. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
“Ya Allah rasa baru tengok video masak bersama. Arwah pergi di bulan yang mulia. Be strong Aisar,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Setakat ini, video yang dikongsikan di laman Instagram itu telah pun meraih lebih 100,000 jumlah tontonan selain turut dihujani komen-komen netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Aisar Khaled
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pensyarah, Dr. Diddy Hirdi kurang bersetuju bila ada pihak yang melabelkan program pertandingan nyanyian yang diadakan khusus untuk artis-artis berpengalaman sebagai sesuatu yang memalukan.