Selepas lebih lima tahun meninggalkan stesen radio Hot FM, penyampai radio Fara Fauzana atau lebih mesra dengan panggilan Fafau kini telah kembali bertugas di stesen radio berkenaan, pada Khamis.
Meski pernah bergelar penyampai radio Hot FM selama sepuluh tahun sebelum ini, Fara mendedahkan perasaannya bercampur baur.
Bintang radio berusia 41 tahun ini turut berharap agar peminat sentiasa memberikan sokongan serta teguran membina buat dia dan rakan di konti lain supaya dapat memberikan yang terbaik kepada pendengar.
“Jujur saya risau jujur saya takut jujur saya teruja, jujur la pada ku…(sambung).
“Semoga anda membantu saya memberikan teguran yang membina utk saya sama2 membina badan..eh silap! (itu dah buat) maksud saya membina diri menjadi penyampai radio di @hotfm976 yg lebih baik bersama rakan2 yang lain.
“Saya juga manusia biasa yg tak lepas dari melakukan kesilapan dan punyai kekurangan. Terimalah saya seadanya, LEBIH HANGAT DARIPADA BIASA #farafauzana #bilafafaudikonti,” tulisnya.
Fara berkongsi perkara tersebut menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya.
Imbas kembali, Fafau sebelum ini pernah menjadi penyampai radio di Hot FM bermula pada tahun 2006.
Selepas itu, Fafau membuat keputusan untuk berhenti pada tahun 2016 kerana mahu berehat seketika daripada dunia penyiaran.
Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI
untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!Foto: Instagram Fara Fauzana