Nama pelakon, Sharifah Sakinah menjadi bualan hangat netizen susulan isu rumah tangganya yang dikatakan sedang bergolak.
Memetik laporan Mstar, Sakinah juga telah pun mengesahkan dirinya bakal berpisah dengan suaminya, Michael Hansen.
Perkhabaran tersebut nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuklah pelakon senior, Azhar Sulaiman.
Jelas Azhar, dia amat bersimpati dengan segala dugaan yang sedang menimpa Sakinah ini.
Malah, dia juga mencadangkan Sakinah untuk menjalani proses mandi bunga bagi membuang segala aura-aura positif di dalam hidupnya.
View this post on Instagram
“Salam Kina, Mami harap semoga aok kuat to go through episode tak best ni.
“Koi cadangkan aok pergi balik Mandi Bunga kat Lata Jarum semalaman bagi hilang bad aura terh!,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Keluarga Iskandar The Movie itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, dia juga akan sentiasa menunjukkan sokongan terhadap Sakinah
“Mami Behind You Woman Take Care & Be Strong Love,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Sakinah dan Michael mengumumkan sudah sah bergelar pasangan suami isteri sekitar Februari.
Sakinah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada Mei 2020.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha.
Sementara itu, Michael mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Azhar Sulaiman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI