Bekas personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim telah mengadakan upacara tahnik buat anak keempatnya itu bersama keluarga, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Azrinaz turut mendedahkan nama bayi perempuannya itu yang diberi nama Atheera Medinah yang kini sudah genap berusia seminggu.

Personaliti berusia 41 tahun ini berkongsi maksud nama anaknya itu bersama peminat.

“Alhamdulilah, sekali lagi berkat Jumaat penghulu segala hari dan genap seminggu, kami sekeluarga selesai upacara tahnik yang disempurnakan oleh YBhg Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki, @abdulkarimalmakki

Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

“To recap, tahnik atau disebut masyarakat Melayu sebagai ‘belah mulut’ adalah amalan sunnah yang dituntut dengan menyapu kurma yang dihancurkan ke langit-langit bayi bersama air zam zam dan madu. Ianya untuk baby berlatih mengunyah makanan dan kuat untuk makan

Ads

“Adalah juga disunatkan ketika upacara tahnik dengan memberi nama kepada bayi Mengambil kesempatan ini, suka saya umumkan nama yang dipilih oleh suami dan saya untuk baby berusia seminggu ini adalah ATHEERA MEDINAH

“ATHEERA bermaksud harum

MEDINAH bersempena nama kota suci Rasullulah; Madinah.

“Harapan mommy dan daddy semoga Atheera Medinah menjadi anak yang solehah, mengharumkan nama keluarga, sihat tubuh badan dan berjaya dari dunia hingga akhirat. Amin,” tulisnya panjang lebar.

Ads

Imbas kembali, Azrinaz telah mendirikan rumah tangga bersama Fairos Khan pada 1 Mei 2018 dan dikurniakan seorang anak, Areesya Malaykha pada 19 September 2019.

Azrinaz selamat melahirkan anak keempatnya secara normal pada 26 Mac yang lalu.

Ads

Ini merupakan perkahwinan kali kedua Azrinaz.

Sebelum ini, Azrinaz pernah berkahwin dengan Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei pada 20 Ogos 2005 dan dikurniakan dua orang anak.

Namun Azrinaz telah sah bercerai talak satu pada 16 Jun 2010.

Foto : Instagram Azrinaz Mazhar Hakim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI