“Semoga Ayah Diampunkan Dosanya,” – Bapa Datuk Azizulhasni Awang Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Share

Bapa jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, Awang Embong dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi.

Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Azizul menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

“Assalamualaikum semua. Untuk makluman, ayah saya Awang Bin Embong telah pulang ke Rahmatullah awal pagi tadi,” tulisnya.

Dikesempatan itu juga, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini turut memanjatkan doa semoga segala amal ibadah bapanya itu diterima dan diampunkan segala dosanya.

“Semoga Ayah diampunkan segala dosanya, diterima segala amal ibadatnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

‎”Allaahummaghfir lahu warham hu wa’aafi hii wa’fu anhu

“Ya Allah! Ampunilah almarhum (Awang Bin Embong), berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya,” kongsinya lagi.

Memetik laporan Kosmo Online, Abang ipar Azizulhasni, Mohd. Razman Mohamad berkata, arwah bapa mertuanya, Awang@Muda sebelum ini dimasukkan ke sebuah hospital swasta selama empat hari akibat masalah pernafasan tidak stabil.

“Bagaimanapun, arwah telah kembali stabil dan dibenarkan pulang petang semalam. Kami memang tak jangka pemergian arwah kerana dia kelihatan sihat dan masih mengukir senyuman semalam,” katanya seperti yang dipetik.

Jelas Razman lagi, Azizulhasni yang kini berada di Melbourne, Australia sempat pulang bertemu dengan bapanya awal bulan lalu.

“Azizulhasni juga turut menelefon keluarga malam tadi selepas bapanya meninggal dunia dan dia menguruskan semua perbelanjaan pengebumian bapanya,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih selain turut mendokan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

“Innalillahiwainnailaihirojiun buat Datuk sekeluarga. Semoga diberikan ketabahan dan kekuatan buat saudara. Take care champ.

“Innalillahiwainnailaihirojiun, Salam takziah. Semoga arwah ayahanda bersama insan terpilih di sana. Al-Fatihah.

“Takziah Datuk. Semoga rohnya dicucuro rahmat.

“Takziah buat Datuk sekeluarga. Semoga ayahanda ditempatkan di syurga,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Azizulhasni Awang & Kosmo Online

Published by
Aizam Manaf