“Semoga Ayah Tenang Di Sana,”- Menangis Teresak-Esak, Bapa Adik Summayyah Meninggal Dunia. Al- Fatihah!

Share

Masihkah anda ingat mengenai kisah adik Adyna Summayyah, yang sebelum ini tular menerusi sebuah video yang memaparkan telatah lucunya sebaik sahaja pulang dari sekolah?

Summayyah yang popular memerusi tagline ‘Makanan pun beli sendighi na’ berkongsi kisah duka selepas bapanya dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat.

Perkara tersebut dikongsikan oleh pengendali akaun Instagram Summayyah pada Sabtu.

“Semoga ayah tenang disana. Al-fatihah untuk ayah 9.7.2020 (petang jumaat),” tulisnya.

Malah, menerusi sebuah video yang baru dimuat naik beberapa jam lalu turut memaparkan Summayyah atau lebih mesra disapa Mayah dilihat menangis teresak-esak mengenangkan pemergian bapanya itu.

“Mayah kuat ya. Nama Mayah ayah yang bagi, harapan ayah satu hari nanti Mayah sehebat Saidatina Sumayyah. Al-Fatihah untuk ayah,” tulisnya lagi.

Entri tersebut nyata menerima perhatian ramai yang turut bersedih dengan berita kematian tersebut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah buat Mayyah selain turut mendoakan semoga anak kecil ini sentiasa diberikan kekuatan.

Sumber: Instagram Mayah_Ciei

Published by
Aizam Manaf