Semalam, pelakon, Fasha Sandha telah selamat mengikat tali petunangannya bersama jejaka pilihan, Aidil Aziz.
Perkhabaran gembira tersebut telah menarik perhatian ramai pihak termasuklah bekas suami Fasha, Rizal Ashram Ramli.
Rizal atau lebih mesra dengan panggilan Jejai ada memuat naik sebuah entri di laman Instagram yang didedikasikan khas buat pasangan tersebut.
“Congratulations to the both of you that just got engaged today. May this new chapter brings you all the joy and happiness and ultimately ke jinjang pelamin InsyaAllah. Jangan tunggu lama lama. @fashasandha @itsaidilaziz,” tulisnya.
Tambah Jejai, dia mendoakan supaya pasangan tersebut dikurniakan kebahagiaan dan berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Jejai yang sentiasa menjaga hubungan baik bersama bekas isterinya itu walaupun sudah bercerai.
Terdahulu, Jejai sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Jejai pada 2012 sebelum bercerai pada 2010. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4 tahun.
Foto: Instagram Rizal Ramli