Pelakon, Aidil Aziz menerusi Instagram yang dikemas kini ada memaklumkan, anak buahnya yang dikenali sebagai Nur Izzallya Hani mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
Menerusi foto yang dimuat naik, bayi perempuan berkenaan dilihat sedang terlantar di wad dan sedang menjalani rawatan.
Menerusi ruangan kapsyen, tunang kepada aktres Fasha Sandha ini mendoakan agar anak buahnya itu cepat sembuh.
Ads
“Paru-paru Zallya terkena jangkitan kuman. Semoga anak buah Pak Ngah cepat sembuh, amin,” tulisnya sambil disusuli dengan tanfa palang #doakanyangbaikbaik.
Terdahulu, Aidil turut berkongsi foto bayi tersebut awal Januari lalu, dua hari selepas kelahiran.
Semoga anak kecil ini cepat sembuh dan harapnya agar semua dipermudahkan. Malah, para pengikutnya juga turut mendoakan agar Zallya segera diberikan kesembuhan.
Ads
Foto: Instagram Aidil Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri tidak menafikan antara sebab dia terbuka hati untuk sama-sama terlibat di dalam program mStar Baek apabila terkenang kisah lamanya yang pernah terserempak dengan bintang legenda, Zaiton Sameon sebelum ini.
Eriyca atau lebih mesra dengan panggilan Madammu, 34, menjelaskan, ketika dia masih mengikuti pengajian, dia pernah melihat Zaiton jalan seorang diri di kawasan Cheras, Kuala Lumpur.
Lalu dia pasang niat, untuk membantu penyanyi berkenaan apabila sudah berkemampuan.
“Saya sebenarnya ada momen tersendiri apabila berkongsi kisah dengan beliau. Saya masih ingat lagi ketika zaman belajar, saya pernah terserempak dengan Zaiton berjalan kaki bersendirian di sekitar kawasan Cheras.
“Daripada situ saya sudah mula terdetik mahu membantunya jika berkemampuan… Apabila melihat nama Zaiton tersenarai, saya memang teruja dan sebab dia juga saya terus bersetuju menaja program tersebut,” katanya.
Terdahulu, program berkenaan mempunyai objektif membantu barisan selebriti yang melalui fasa sukar dalam kehidupan ketika ini yang mana mereka sebelum ini menjadi individu banyak menabur bakti kepada masyarakat menerusi bakat seni masing-masing.
Selain Zaiton, antara artis lain yang disantuni termasuklah Mak Jah, Bad (Indigo), Mak Wan Latah, Ibnor Riza, Roy (Ratnaku) Wan Maimunah, Alina Hassan dan Izwan Fitri.
Dalam pada itu, Madammu berkata, hatinya turut tersentuh apabila turun padang bertemu beberapa selebriti yang dalam keadaan susah selain diuji masalah kesihatan ketika menjalani penggambaran program tersebut.
“Nama-nama mereka yang terlibat dalam program ini merupakan selebriti yang telah menghiburkan kita dengan lakonan dan nyanyian mereka.
“Nama-nama yang terlibat dalam program ini merupakan selebriti yang telah menghiburkan kita dengan lakonan dan nyanyian mereka. Saya cukup tersentuh apabila melihat hidup mereka kini. Ada yang hidup susah dan ada juga yang mengalami masalah kesihatan.
“Saya secara peribadi mahu bantuan ini diteruskan di masa akan datang. Mungkin saya sendiri yang akan menziarahi mereka nanti,” katanya lagi.
Menerusi sidang media sama, Madammu menyerahkan wang tunai selain set penjagaan kecantikan kepada barisan selebriti yang terlibat.
Selain sumbangan wang tunai dan barangan lain daripada Noir, mereka turut mendapat sumbangan berupa barangan keperluan asas daripada Bernas seperti beras dari Jasmine, tepung (Era) dan gula (CSR) serta barangan kesihatan daripada Eskayvie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh yang juga pengasas produk kecantikan kulit tempatan, Dr Cute International, Dr Abdullah Alias optimis untuk melabur RM30 juta bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang kejuruteraan sel stem tisu.
Ia sebagai objektif dalam usaha memartabat industri kosmetik seterusnya menjadi pelopor dalam industri kecantikan dan teknologi perubatan di Malaysia.
Dr Abdullah Alias atau lebih dikenali sebagai Dr Cute berkata, pelaburan berkensan adalah dalam tempoh tiga tahun dan melibatkan kerjasama dengan Cell Tissue Technology iaitu firma kejuruteraan tisu pertama yang ditubuhkan pada tahun di Malaysia oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Harapan saya mahu meningkatkan industri kecantikan Malaysia setaraf dengan dengan maju dan tidak mahu lagi produk tempatan dipandang rendah. Malah, dengan kerjasama ini saya mahu mengembangkan, meningkatkan dan memperkasakan kejuruteraan dan perubatan regeneratif.
“Saya mahu hentikan skeptikal pengguna terhadap produk tempatan yang dianggap ‘low class’, yang mungkin selama ini banyak dibayangi produk yang mengandungi merkuri dan tidak selamat digunakan,” katanya.
Atas dasar itu, Dr Cute sentiasa berinovasi untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang premium dan mampu dimiliki oleh setiap orang.
“Sebab itu saya banyak menggunakan platform media sosial untuk memberi kesedaran akan bahaya merkuri kepada tubuh badan dan Alhamdulillah sudah ramai yang sedar dan beralih kepada produk kecantikan yang lebih selamat,” katanya lagi.
Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) tersebut turut dilakukan, baru-baru ini.
Terus komited meningkatkan kualiti produk, jelas Dr Abdullah, barisan produk Dr Cute International menjalani prosedur klinikal yang ketat.
“Pengalaman 15 tahun sebagai doktor sebelum ini, menjadi tanggungjawab saya dan rakan bisnes, Khairul Idzwan untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat agar tidak mengagungkan produk antarabangsa kerana jenama produk tempatan kini mampu setanding dengan mereka,” katanya.
Sementara itu, menurut Pengarah Urusan Cell Tissue Technology, Dr Khairul Idzwan Baharin, kerjasama antara dua pihak itu dijangka akan membuka ruang kepada lebih banyak penemuan baharu yang akan membawa industri kecantikan ke tahap yang lebih tinggi.
“Kami berharap menerusi kolaborasi penyelidikan strategik ini dapat mengkaji dan menghasilkan penemuaan terbaru mengenai kesihatan kulit sekaligus membantu pengguna menjaga dan mengekalkan kesihatan kulit dengan lebih berkesan.
“Sasaran kami agar pembangunan kejuruteraan sel stem tisu ini memberi manfaatnya dapat disebarkan ke pasaran lebih besar,” katanya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sembilan tahun melayari bahtera bersama suami tercinta, Mohammad Zulfadhli dan pada tanggal 27 Februari akan datang merupakan tarikh keramat dimana termeterainya ikatan cinta selebriti...