Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27, hari ini.
Sambil menitipkan ucapan syukur nikmat atas kehidupannya, ibu kepada dua cahaya mata ini turut berdoa semoga dipanjang usia untuk menjaga keluarga tersayang.
Dedikasi tersebut dikongsikannya menerusi satu hantaran di Instagram.
“On my birthday, I wish myself to always be the best I can be, from now and till eternity. Thank You so much Allah s.w.t for letting me have such a beautiful babies and loving husband.
“Semoga saya diberikan umur yang panjang untuk saya menyayangi dan menjaga keluarga saya. InshaAllah. Alhamdulillah, 27 years old today,” tulisnya.
Serentak dengan perkongsiannya itu, ruang komen hantaran berkenaan turut dihujani dengan ucapan selamat hari jadi selain mendaoakan yang baik-baik sahaja buat Bella seisi keluarga.
Foto: Instagram Bella Astillah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Introducing Our Son…,”- Selamat Timang Cahaya Mata Selepas 3 Tahun Berkahwin, Hani Fadzil Dedah Nama Anak
Pengacara dan bekas penyampai radio, Hani Fadzil ada berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada tanggal 22 Oktober lalu.
Menurut Hani, bayi lelaki seberat 3.42 kg itu dilahirkan dengan sempurna pada jam 7.07 minit pagi.
Dalam pada itu, Hani turut mendedah dia bersama suami telah sepakat untuk menamakan anak mereka itu Faris Salazar.
“Alhamdulillah Syukur, 7 days ago on the morning of the 22nd of October 2020 at 7:07am, @obiwanfaiz and I welcomed this 3.42kg bundle of joy into our arms. Introducing our son to all of you, Faris Salazar
“Faris means the pious one/yang alim, While Salazar comes from two words : Salah which means righteousness/kebaikan and Zahar means the one that shines:sangat begemerlapan.
“Thank you all for your kind words and prayers . May our son grow healthily and turn out as awesome as his parents,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas penyampai radio Era itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu Hani turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraannya sewaktu melahirkan cahaya mata sulung yang dinantikan sejak tiga tahun lalu.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitip ucapan tahniah buat Hani dan juga suami.
Terdahulu, Hani telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Wan Faiz Wan Nor pada tanggal 7 Julai 2017.
Sumber: Instagram Hani Fadzil
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#MHGlobal Wow! Kim K Siap Jumpa Presiden AS, Donald Trump Demi Wanita Bernama Alice Johnson Ini. Apa Motif?
Episod terakhir rancangan realiti Keeping Up With The Kardashian musim ini menyaksikan Kim Kardashian bertungkus -lumus malah tanpa putus asa cuba bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Kisahnya, Kim berbuat demikian kerana seorang wanita bernama Alice Johnson yang dipenjarakan selama 21 tahun kerana atas jenayah dadah yang tidak membabitkan sebarang kekasaran.
“Enam bulan lalu, saya terbaca mengenai kisah Alice Marie Johnson. Pada mulanya saya hanya ‘retweet’ kisah tersebut dan kemudian semakin berminat dan mengambil tahu keseluruhan kes hingga terbitnya rasa tidak adil serta berharap dapat melakukan sesuatu mengenainya,” katanya.
Susulan itu, Kim memulakan cubaan pertamanya untuk membantu Alice dengan menghubungi anak Trump iaitu, Ivanka.
Nasibnya baik apabila Ivanka juga turut merasakan perkara yang sama dan memperkenalkan Kim kepada suaminya, Jared Kushner yang merupakan penasihat senior kepada Presiden.
Jalannya semakin mudah apabila dia diberikan masa untuk bertemu dengan Trump bagi membincangkan kes tersebut namun Kim dengan jujur mengatakan bahawa dia adalah penyokong Hillaty Clinton sebelum ini.
Bagaimanapun, memikirkan nasib wanita malang di dalam penjara, Kim gagahkan diri untuk bertemu dengan Trump namun perjumpaan mereka itu dibatalkan di saat akhir. Pihak mereka kemudian diminta untuk memberikan 1000 surat berkaitan dengan kes berkenaan.
Mujurlah Kim tidak patah semangat dan memberikan apa yang diminta seterusnya dapat menyusun kembali perjumpaan dengan Trump.
Ternyata pertemuan itu membuahkan hasil apabila Trump bersetuju untuk memberikan pengampunan kepada Alice.
Berita pelepasan Alice ada dilaporkan media sebelum ini di mana wanita itu menyatakan terima kasihnya kepada Kim kerana tanpa isteri Kanye West itu, dia masih lagi akan berada di dalam penjara.
Sumber: Enews!
Foto: Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Datuk Yusry Sahkan Lisa Surihani Hamil Anak Ketiga – “Yahaira Leanne Dan Yusof Leonne Nampaknya Akan Dapat Adik Tak Lama Lagi.”
Tahniah diucapkan buat Datin Lisa Surihani yang kini disahkan hamil anak ketiga. Berita gembira itu dimaklumkan suami, pengarah terkenal Datuk Yusry Abdul Halim.
Menurut Yusry, semuanya bermula secara kebetulan selepas dia memuat naik gambarnya bersama Lisa semalam bersempena ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka.
Bagaimanapun, Yusry belum bersedia mendedahkan berapa usia kandungan isteri tercinta.
“Gambar kami berdua semalam yang dimuat naik nampaknya mengundang spekulasi itu ini. Tak apa benda baik, jadi lambat laun akan tahu juga.
“Ya, Alhamdulillah, dua anak kami, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne nampaknya akan dapat adik tak lama lagi.
“Semoga dipermudahkan. Saya harap semua mendoakan yang terbaik untuk Lisa. Doa yang baik juga kami panjangkan untuk semua,” katanya.
Dia yang pernah mengganggotai kumpulan KRU ini turut menambah, ahli keluarga mereka juga sudah pun mengetahui hal berkenaan.
“Ikutkan berita isteri saya hamil sudah dikongsi sesama ahli keluarga. Cuma tidak secara terbuka sebelum ini.
“Dalam hati, soal ini, kami tak boleh mementingkan diri. Ada pasangan yang ditakdirkan lambat beroleh rezeki. Kami juga pernah melalui fasa berkenaan.
“Ia bukan sesuatu yang senang. Saya dan isteri mendoakan semoga Allah makbulkan berita gembira buat yang masih berharap untuk mendapat cahaya mata. Insya-Allah,” katanya lagi.
Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada pada 23 Februari 2012.
Sementara itu, Lisa memanjat rasa syukur kerana diberi kesempatan dan nikmat sekali lagi untuk hamil.
“Moga dipermudahkan segala galanya. InsyaAllah,” katanya ringkas.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI