Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, memang tidak dinafikan, ramai di antara kita yang terjejas sumber pendapatannya dan lebih teruk, ada juga yang sampai kehilangan pekerjaan.

Perkara tersebut dilihat dihadapi ramai pihak dan para penggiat seni turut tidak terkecuali.

Terbaru, penyanyi dan pelakon, Adibah Noor ada menyuarakan kegusarannya setelah melihat situasi yang melanda negara ketika ini.

Menurut penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini, dia tidak pasti sampai bila mampu bertahan sekiranya tempoh ‘lockdown’ masih berterusan.

Ads

“Allah..i don’t know if I can get through
this. i need work,” tulisnya ringkas.

Luahan tersebut dikongsikan bintang filem Talentime itu menerusi ciapan yang dikongsikan di laman Twitter.

Ads

Katanya lagi, ketika ini dirinya amat memerlukan pekerjaan untuk terus mengharungi tempoh sukar ini.

Ciapan tersebut ternyata menarik perhatian ramai pihak selepas meraih lebih 2,500 ulang ciap dan hampir 8,000 tanda suka.

Ads

Menerusi rungan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan tidak kurang juga ada yang berkongsikan pengalaman.

“Semoga Dipermudahkan Kak…,” – Tak Pasti Sampai Bila Boleh Bertahan, Adibah Noor Akui Perlukan Pekerjaan “Semoga Dipermudahkan Kak…,” – Tak Pasti Sampai Bila Boleh Bertahan, Adibah Noor Akui Perlukan Pekerjaan “Semoga Dipermudahkan Kak…,” – Tak Pasti Sampai Bila Boleh Bertahan, Adibah Noor Akui Perlukan Pekerjaan

Sumber: Twitter Adibah Noor

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI