“Semoga Dirimu Terus Dilindungi Dalam Setiap Jejak,” – Suami Jadi Contoh Terbaik, Syahdu Titipan Dayah Bakar Sempena Hari Tentera Darat Ke-89

Share

Pengacara, Dayah Bakar menitipkan ucapan istimewa bersempena Hari Tentera Darat ke-89 buat suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi.

Menurut Dayah, dia berasa amat kagum dengan keperibadian suaminya yang selama ini telah menjadi contoh terbaik buat dirinya dan anak.

Katanya lagi, doanya juga akan sentiasa mengiringi suamninya disetiap langkah-langkahnya.

“Selamat Hari Tentera Darat ke-89 buat satriaku. Kamu telah menjadi contoh yang terbaik untukku dan Fahri.

“Dedikasi , displin dan sifat tanggungjawab yang tinggi telah membentuk dirimu menjadi sosok yang dihormati, dan doaku semoga dirimu terus dilindungi di dalam setiap jejak langkahmu,” tulisnya.

Titipan istimewa itu dikongsikan sendiri oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Dayah turut menzahirkan rasa kagum terhadap para pasangan dan keluarga yang sanggup berkorban untuk berjauhan dengan wira-wira negara ini

“Tidak dilupakan juga penghargaan buat isteri dan keluarga yang sentiasa berkorban waktu, tenaga, jarak dan airmata dalam menjadi pendukung luarbiasa buat sang prajurit negara. Gagah setia,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa terharu selain turut selain kagum dengan kekuatan yang dimiliki oleh Dayah.

“Sebak rasa bangga lagi la ada. Teruskan berjuang untuk negara.

“Pasangan yang segak dan Fahri, you are sooo sooo cute. Selamat Hari Tentera.

“Hero negara dan isteri inspirasi negara. What a great duo @dayahbakar.

“Kenapa tah rasa proud tengok video ni. You as a wife of captain Haniff our prajurit negara. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Dayah dan Haniff telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2018.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Achbar Muhammad Fahri.

Sebelum ini, Dayah telah berjauhan selama lebih setahun dengan suaminya yang bertugas diluar negara.

Malah, Dayah juga telah melalui proses bersalin tanpa kehadiran suaminya di sisi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Dayah Bakar

Published by
Aizam Manaf