Penyanyi Hez Hazmi menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan dirinya telah selamat menjalankan majlis akad nikah bersama wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Fatin Ameera pada Jumaat lalu.
Menurut Hez, majlis tersebut telah dijalankan dengan hanya sekali lafas bertempat di Masjid Jamiul Ehsan, Setapak Kuala Lumpur.
Pasangan sama cantik, sama padan itu dilihat sedondon mengenakan sepersalinan rona putih.
View this post on Instagram
“Majlis Akad Nikah Muhammad Hazmi dan Fatin Ameera. Alhamdulillah pagi tadi 10 Jun 2022 (Jumaat), jam 10 pagi, saya dan pasangan, Fatin Ameera selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz di Masjid Jamiul Ehsan Setapak.
“Terima kasih kepada keluarga, sedara mara dan kenalan yang banyak mendoakan kami,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Kau Bukan Untukku itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Menerusi entri berasingan, Hez dilihat turut memuat naik foto ketika majlis resepsi yang memaparkan mereka menggayakan busana bertemakan timur tengah.
Dikesempatan itu juga, penyanyi ini juga turut berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa semoa rumah tangganya kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
“Semoga ikatan ini di redhai Allah dan terus bersama hingga ke Jannah. InsyaAllah. With my gadis berbaju ungu,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Hez dan isteri.
Sekadar informasi, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Hez Hazmi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI