Penyanyi, Shila Amzah mendedahkan dirinya hanya sempat menyelamatkan sebahagian daripada koleksi trofi dan anugerah sewaktu rumahnya dimasuki air akibat musibah banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri Selangor pada tahun lalu.
Menurut Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, dia seme berasa agak sedih bila mengenangkan mengenai kejadian tersebut.
Katanya lagi, trofi-trofi yang tidak sempat diselamatkan kebanyakkannya rosak dan patah.
View this post on Instagram
“Awards yang dapat diselamatkan dari banjir last year.
“Yang lain semua patah and pecah,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Memori Tercipta itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata ini memaklumkan dia mahu menjadikan dugaan ini sebagai pemangkin semangat buat dirinya untuk terus berkarya dengan lebih baik pada masa akan datang.
“Semoga ini dapat menjadi pemangkin semangat untuk sha berkarya dengan lebih baik lagi,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Shila.
“Semoga lepas ni boleh berjaya lagi dan lagi. InsyaAllah Shilalas sentiasa doakan Shila.
“Keep up the good work babe. Fans anda di sini setia menyokong anda.
“Lah, sayangnya. Semoga Sha lebih kuat dan terus berkarya.
“Sayangnya, tak mengapa Shila. Allah akan ganti dengan yang lebih baik pada masa akan datang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Shila bakal bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 menerusi lagu Pelukan Angkasa bersama band Sekumpulan Orang Gila (SOG).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Shila Amzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI