“Semoga Kami Dipermudahkan Segala Urusan…,” – Hitung Hari Bersalin Anak Sulung, Tasha Shilla Mohon Doa Daripada Peminat

Share

Pelakon, Tasha Shilla yang kini sedang sarat hamil mendoakan agar urusan bersalinnya kelak dipermudahkan dan berjalan lancar.

Kandungan usia kehamilan Tasha yang kini sudah mencecah 35 minggu turut memohon doa daripada peminat untuk dirinya.

“Mohon doa kalian semoga kami dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik.

“Buat kalian semua, Tasha dan Atiq doakan juga kebahagiaan, kesihatan dan rezeki yang tidak terjangka akan datang. Stay positive and healthy always,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja menanti saat pelakon berusia 34 tahun ini melahirkan anak pertamanya.

Komen
Komen
Komen

Imbas kembali, Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari 2020.

Foto: Instagram Tasha Shilla

Published by
Nazar Rafiqhi