Teka-teki mengenai status hubungan diantara penyanyi, Shila Amzah dan pempengaruh, Ubai akhirnya terjawab.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Shila memaklumkan dirinya telah selamat bertunang dengan Ubai dalam sebuah majlis yang diadakan secara ringkas tapi penuh makna.
Rupa-rupanya hubungan diantara Shila dan Ubai tidak mengalami sebarang masalah seperti yang didakwa segelintir pihak sebaliknya mereka kini sudah bersedia untuk membawa hubungan mereka ke fasa baharu.
“Alhamdulillah, terima kasih buat semua kawan-kawan yang tolong kita orang settle majlis ni.
“Ubai dan saya memang mahukan majlis pertunangan yang ringkas tapi intim. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Patah Seribu ini juga turut berharap agar semua dapat mendoakan semoga hubungannya bersama Ubai akan dipermudahkan sehingga ke jinjang pelamin.
“Terlebih terkurang dari pihak keluarga Sha, kami minta maaf ya dan yang terakhir, terima Kasih buat semua yang mendoakan kami.
“Semoga kami kuat menghadapi segala Apa yang mendatang,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Shila dan Ubai.
“Aww babe, happy for you.
“Tahniah Sha. Saya gembira untuk awak.
“Alhamdulillah. Tahniah Sha dan Ubai. Semoga dipermudahkan untuk langkah seterusnya.
“Tahniah, Semoga semuanya berjalan lancar buat kalian.
“Dah agak dah. So happy for you,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, hubungan cinta diantara Shila dan Ubai dikatakan mula berputik sekitar setahun yang lalu.
Sekadar informasi, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018 namun memutskan untuk bercerai pada February 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shahila Amzah