
Penyanyi Shila Amzah mengumumkan yang dia kini berbadan dua.
Berita gembira itu dikongsikan Shila dan suaminya, Ubai menerusi platform Instagram, sebentar tadi.
“Ada sebab kami baru beritahu sekarang. Kami nak kehamilan ini smooth pada awal kehamilan.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan sebelum ini. Doakan semoga kandungan saya selamat dan dipermudahkan segala-galanya… sepanjang kehamilan ini,” katanya.
Perkongsian berkenaan pantas menerima perhatian peminat dan rakan selebriti yang masing masing turut menitipkan ucapan tahniah buat pasangan berkenaan.
Imbas kembali, Shila mendirikan rumah tangga bersama Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli pada 5 Ogos tahun lalu.
Sebelum ini, Shila bercerai dengan bekas suami, Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.
Hasil perkahwinan bersama Haris, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Takkan Belum Habis Lagi,” – Sis Bell Minta Maaf Isu Renjis Air Selawat Pada Kereta Mewah, Tegaskan Tiada Istilah ‘Pijak’ Agen

Usahawan sensasi jenama Beautyspells, Norsidayati Mustari yang sebelum ini pernah mencetuskan viral selepas memuat naik video ‘renjis’ air pada kereta baru yang dibelinya pada majlis doa selamat memilih untuk tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.
Menurut usahawanita asal Sabah yang mesra disapa Bell ini, dia sedar pelbagai reaksi telah dilemparkan dan dia memohon maaf.
“Takkan belum habis lagi cerita ‘renjis’ air di kereta itu. Sana sini komen sampai di pelbagai kumpulan sembang di Facebook. Hingga ada yang cakap ia amalan syikin… bidaah.
“Saya memahami apa yang dipaparkan dalam video itu mengundang kecaman dan jatuh salah untuk segelintir orang. Saya bagaimanapun memohon maaf kerana tak berniat apa-apa. Saya akui jahil ilmu agama.
“Tujuan buat begitupun kerana air yang disiram hasil bacaan, doa dan selawat dari seorang ustaz. Ia bersempena dapat kereta baharu. Ini kereta kereta lama saya berdepan kemalangan sebelum ini. Saya menyiram air sebenarnya bukan merenjis,” katanya.
Tambah Sis Bell lagi, dia tidak mengambil hati mana-mana komen yang mengguris hati atau disifatkan kasar.
“Lagipun kita sudah nak puasa dan sambut raya. Salam perkenalan daripada saya. Mana tahu, terjumpa mana-mana kita boleh jadi kawan atau ejen. Boleh juga saya berikan hadiah,” katanya lagi.
Terdahulu, video ‘merenjis’ air pada kereta mewah yang dikongsikan di TikTok dan Instagram yang sudah ditonton ratusan ribu kali itu ditempelak seolah-olah ia amalan bidaah oleh segelintir netizen.
Dalam pada itu, Bell, 33, tidak mahu memandang ke belakang sebaliknya optimis untuk menggegarkan Borneo khsusnya dan membangkitkan semangat berniaga menerusi rangkaian jenamanya lebih penting berbanding hal lain.
Malah, Sis Bell juga mahu menepis wujudnya situasi pengasas atau pemilik produk ‘memijak’ ejen demi kaya seorang diri.
“Tiada istilah saya ‘pijak’ ejen untuk hidup kaya. Atau wujud senario ejen yang selama ini memberi kekayaan kepada saya. Tapi saya mahu buktikan, jika boleh kaya beramai-ramai atau ‘berjemaah’ kenapa perlu kaya sendirian.
“Malah, saya sama sekali mahu membangkitkan semangat semua orang Borneo untuk berusaha ke arah kehidupan yang selesa. Saya mahu memimpin tangan untuk berjaya dan kaya sama-sama,” katanya.
Dia pada masa sama bersyukur atas apa yang dilakukan memberikan peluang rezeki dan manfaat kepada orang lain.
“Ada ‘reseller’ yang dulu tinggal atas jambatan, tapi sekarang sudah mampu memiliki tanah dan membangunkan rumah. Ada ejen yang tak tahu membaca dan menulis selain tak pandai guna media sosial, kini hidup berjaya dengan bantuan kami.
“Jadi saya tekankan, memang tak ada istilah saya kaya seorang diri. Selagi boleh bantu, saya tidak akan lokek berkongsi rezeki dan nikmat. Bahkan staf dan ejen umpama keluarga baharu saya. Impian dan kejayaan mereka, nikmat terindah buat saya.
“Tahun lalu ada ejen saya berjaya capai RM2.8 juta jualan setahun. Malah tahun lalu ada lima ejen saya dapat jualan RM1 juta setahun. Empat daripada mereka perempuan dan seorang lelaki. Tahun ini saya sasar mahu 15 ejen pula dapat sasaran sejuta setahun ,” katanya.
Kata Sis Bell, melihat kejayaan ejen selama ini umpama mengimbas kembali usahanya sekitar 9 tahun lalu membangunkan Beautyspells menerusi rangkaian produk losyen pemutih kulit.
“Saya bermula dari zero. Dulu ‘pejabat kecil’ hanya bertemankan meja makan dan tanpa staf. Saya juga berusaha tanpa disaksikan ibu bapa kerana yatim piatu. Saya bangkit tanpa bimbingan sesiapa.
“Sebab itu usaha membantu ejen saya kira seperti melihat diri sendiri sewaktu dulu. Bantuan dan bimbingan saya hulurkan mungkin tidak sebesar mana. Tapi bagi ejen, sangat besar dan bernilai.
“Ada yang selama ini nak beli beras tak mampu, banyak berhutang, gaji suami tak cukup. Anak minta beli ayam goreng (KFC) pun tak mampu. Tapi kini, semua senario dan hidup dalam ‘kegelapan’ itu mampu diatasi. Bersama empayar niaga saya, ia seperti memberi sinar harapan buat ramai orang,” katanya.
Dalam masa sama, jenama ini buat kali kedua akan menganjurkan Beautyspells Success Night di tiga lokasi dan tarikh berbeza yang menelan kos RM1.2 juta.
“Saya buat di tiga lokasi berbeza ini bagi memudahkan ejen yang datang dari latar belakang berbeza. Ada yang kali pertama nak masuk hotel dan beli tiket penerbangan.
“400 penerima (ejen) akan diraikan dan menerima ganjaran emas berjumlah keseluruhan RM380,000 serta wang tunai RM510,000 yang dihias dalam bentuk jambangan bunga. Ia jambangan bunga wang betul dan bukan palsu seperti digembar-gemburkan sebelum ini,” katanya.
Tahun ini, jenama berkenaan turut optimis mensasarkan untuk menjual 500,000 unit losyen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“5 Hulubalang Akan Angkat Jenazah Kita Nanti,” – Lagi Anak Lelaki, Isteri AG Azmeer Selamat Lahirkan Cahaya Mata Ke-5

Berkongsi berita gembira di laman Instagram, pengacara dan penyampai radio, AG Azmeer memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata ke-5 mereka pada tanggal 10 September lalu.
Menurut AG, kehadiran seorang lagi cahaya mata lelaki itu bakal menambahkan lagi rasa sayang dan kegembiraan di dalam keluarga mereka.
View this post on InstagramA post shared by Ag Azmeer (@ag_azmeer) on
“Alhamdulillah, di hari Jumaat yang mulia ini , AG nak share berita gembira.
“Pada 10 September 2020 yang lalu, genap seminggu sudah, Allah kurniakan kami seorang lagi anak lelaki.
“Ya Allah, syukur ke hadrat Mu. Tiada yang terbaik selain dari pemberian mu ya Allah.
Kehadiran buah hati ke 5 AG and wife @mel_hulubalang menambahkan lagi kasih sayang dan kegembiraan kami sekeluarga.
“Syukur, Alhamdulillah. Moga Allah panjangkan umur kita semua untuk di beri kesempatan mendidik anak-anak kita untuk mendoakan kita di alam kubur kelak. Inshaallah. Aminnnn,” tulisnya.
Pada masa sama, penyampai radio Kool.fm itu turut mendedahkan telah menamakan anaknya itu Muhammad Aesry Athmar.
Meski belum dikurniakan cahaya mata perempuan, AG tetap meluahkan rasa syukur terhadap rezeki yang telah dikurniakan kepadanya selama ini
“Muhammad Aesry Athmar bin Muhammad Azmir. Daddy, mama and abang-abang love u so much!
“@mel_hulubalang terima kasih bidadari hati. 15 tahun usia perkahwinan kita. Rasa bangga kerana Allah memilih kita untuk memiliki 5 anak lelaki.
“Inshaallah, jika diizinkan Allah, ke 5 hulubalang kita yang akan mengangkat jenazah kita nanti. Aminn Ya Allah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, AG turut dilihat sempat menitipkan doa buat semua pasangan suami isteri yang masih menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka.
“Pada kawan-kawan yang masih menanti hadirnya cahaya mata, di hari Jumaat yang mulia ini AG dan sekeluarga mendoakan agar Allah mempercepatkan rezeki kawan-kawan semua.
“Amin Ya Rabbal Alamin. Salam Jumaat Berkah,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat AG dan isteri di atas kelahiran cahaya mata ke-5 itu.
Terdahulu, AG telah mendirikan rumah tangga bersama isteri, Emelda Amir pada tanggal 30 April 2005.
Selain Aesry Athmar, pasangan tersebut turut memiliki empat orang lagi cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Aeril Aqmar, Muhammad Arraz Ammar, Muhammad Aqriz Anmar, serta Muhammad Affan Afmar.
Sumber: Instagram Ag Azmeer
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bakal Imam Farah Nabilah Belum Letak Syarat Watak Yang Digalas, “Apa Sahaja Dia Lakukan, Saya Akan Sokong.”

Bakal menamatkan zaman bujang pada 20 Disember depan, pelakon Farah Nabilah kini sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada jejaka pilihan, Mohamed Amirul Yunus.
Farah, 26, terpaut pada Amirul yang merupakan seorang juruterbang di sebuah syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) kerana sifatnya yang gemar berterus-terang, seterusnya serius untuk lalui fasa halal sebagai suami isteri yang sah.
“Seorang lelaki dapat curi hati ibu bapa adalah perkara yang terbaik. Jadi, bagi saya dia (Amirul) sudah lakukan dengan baik kerana dia berjaya berjumpa dengan ibu bapa saya.
“Meski ramai lelaki yang cuba untuk mendekati saya, tetapi saya tidak layan kerana di mata saya hanya nampak Amirul seorang sahaja,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Amirul,28, pula tidak menetapkan sebarang syarat kepada bakal isterinya untuk memegang mana-mana watak selepas berkahwin.
“Setakat ini, apa sahaja watak yang dibawanya saya suka tengok. Tiada masalah langsung. Apa sahaja yang dia lakukan, saya akan sokong.
“Banyak lagi watak yang dia belum bawa dan belum explore, jadi apa salahnya kalau dia mahu mencuba. Lakonan dia pun bagus dan mantap,” puji Amirul buat bakal isteri.
Sudah bersedia berdepan dengan gosip yang pastinya tidak lari dengan selebriti, Amirul ada jawapan tersendiri.
“Apabila berkahwin dengan seorang selebriti atau public figure ini, saya hanya akan ikut flow sahaja.
“Saya juga kena bersedia untuk menghadapi perkara tersebut,” katanya tenang.
Pasangan ini akan melangsungkan majlis nikah pada 20 Disember ini.
Mereka turut diraikan dalam dua majlis resepsi iaitu sebelah pengantin lelaki pada 28 Disember, disusuli pihak perempuan pada 5 Januari depan.
Difahamkan, Farah turut menambah lagi satu majlis resepsi di sebelah perempuan pada 21 Disember ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI