
Hubungan di antara pelakon Indonesia, Jefri Nichol dan pempengaruh, Ameera Khan yang sebelum ini dikatakan bermasalah, kini dilihat semakin baik.
Menerusi beberapa hantaran di media sosial, pasangan ini sudah dilihat kembali bersama selepas timbul desas-desus yang mengatakan mereka sudah saling tidak mengikuti akaun Instagram, sebelum ini.
Malah, menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Jefri menarik perhatian ramai apabila berkongsi tangkap layar yang memaparkan cariannya menerusi aplikasi artificial intelligence (AI), Chat GPT mengenai gambaran rupa paras anaknya bersama Ameera.
View this post on Instagram
Sepasang Cahaya Mata?
Pada sama sama, Jefri juga seakan memberikan gambaran dia mahu memiliki sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan.
Hasil carian tersebut, Chat GPT memaparkan wajah dua orang kanak-kanak yang memiliki rupa paras mirip Jefri dan Ameera.
Meninjau ke ruangan komen, Ameera akui tersentuh dengan tindakan romantis kekasih hatinya itu dengan memberikan dua reaksi.
Malah kakak, kepada Ameera yang juga pempengaruh, Noor Nabila turut memberikan respon terhadap hantaran tersebut.
“Haha comelnya. Saya nak cepat-cepat ada anak buah.
Pelbagai Komen Netizen
Sementara itu, para netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga pasangan ini segera mendirikan rumah tangga dan mampunyai cahaya mata yang comel.
“Cepatlah bagi kad undangan.
“Semoga kalian berjodoh. Semoga doa ini dikabulkan.
“Anak-anak yang cantik. Semoga Allah merahmati kalian.
“Semoga sampai ke pelaminan,” antara komen-komen netizen.
Sebelum ini, Ameera dikatakan sudah tidak lagi mengikuti laman sosial Jefri sehingga menimbulkan spekulasi hubungan cinta mereka sudah berakhir.
Bagaimanapun spekulasi terhenti selepas Ameera kembali memuat naik foto bersama Jefri dan sejambak bunga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Jefri Nichol
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI