“Semoga Kita Bertemu Lagi,” – Coretan Sempena Ulang Tahun Ke-27 Perkahwinan Nora Ariffin, Jentik Emosi Netizen

Share

Awal semalam, penyanyi Nora Ariffin ada berkongsi satu entri menerusi Instagram yang menyentuh hati netizen.

Mengucapkan dedikasi buat Allahyarham suaminya, Johan Nawawi, penyanyi Di Persimpangan Dilema ini menitipkan ucapan bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-27 tahun.

“9 April 2019. Our 27th wedding anniversary. Semoga kita bertemu lagi,” tulisnya ringkas.

Lalu di rungan komen, rata-rata peminat mengucapkan takziah dan sedekahkan alFatihah buat komposer terkenal itu.

Allahyarham Johan Nawawi yang juga seorang komposer terkenal itu meninggal dunia pada Mac tahun lalu akibat serangan jantung.

Foto: Intagram Nora Ariffin

Published by
Rafiq Mazlan