Pelakon jelita Fazura ada memuat naik beberapa keping foto menerusi akaun Instagram miliknya.
Menariknya, aktres jelita itu berada di tanah suci Mekah menunaikan ibadah umrah bersama suami tercinta, Fattah Amin.
“Hari terakhir di Madinah pada tahun ini. In shaa Allah..
“Doa kami, semoga kita sentiasa berada di dalam rahmat Allah SWT, memperoleh syafaat Rasulullah SAW dan dapat mengerjakan ibadah umrah lagi terutama bagi yang belum pernah berkesempatan.
Ads
“Semoga dipermudahkan buat semua.. Amin.,” tulisnya.
Setelah hampir dua bulan cuti bersalin, akhirnya pengacara, Anim Ezati Rizki kembali memulakan tugasnya mengacarakan program, Malaysia Hari Ini.
Menurut Anim, dia mengakui perasaannya pada kali ini sedikit berbeza kerana semenjak bergelar ibu, dia merasakan seperti mahu cepat pulang ke rumah untuk sentiasa berada dekat dengan anak sulungnya itu.
“Kembali bersiaran setelah dua bulan cuti. Lain eh perasaan dia. Rasa nak balik aje. Haha! Balik-balik Khalsom tidur je punnnn.
“Bukan boleh berbual dengan kita pun. Tapi masih nak balik awal, nak tengok muka dia pun jadi. Mak-mak memang macam tu eh?
“Terima kasih semua yang ucap kembali bekerja buat saya. Masih kekok lah,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas pengacara program 999 itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Anim turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraannya selama ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja selain turut menitipkan ucapan selamat kembali kepada Anim.
Terdahulu, Anim telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Yara Alanna Khalsom pada tanggal 9 September lalu.
Anim mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Mohd Fadli Sahudin pada 28 Disember 2019.
Sumber: Instagram Anim Ezati Rizki
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menyesuaikan diri dengan suasana kebiasaan baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 bukanlah sesuatu yang mudah.
Tidak dinafikan, aktiviti sosial tersekat kerana situasi semasa, misalnya kepada mereka yang gemar menyanyi.
Jadi, Media Hiburan ambil insiatif dengan menganjurkan pertandingan nyanyian, Media Hiburan Karok Lock Down khas buat korang yang hobinya menyanyi!
Tidak perlu ke mana-mana pusat karaoke pun, tapi korang serlahkan bakat nyanyian terpendam anda kepada kami dalam talian sahaja!
Dengan yuran pendaftaran serendah RM10, anda berpeluang untuk memenangi hadiah berupa wang tunai berjumlah RM300, RM200 dan RM100.
Setiap peserta perlu merakam aksi nyanyian menerusi aplikasi Smule.
Perlu diingatkan pertandingan ini hanya dibuka bagi ketegori nyanyian solo.
Penyertaan terbuka buat warganegara Malaysia berumur 18 hingga 50 tahun.
Kalian juga bebas untuk memilih apa jua jenis lagu tetapi hendaklah mempunyai unsur-unsur positif. Lagu pula hendaklah dinyanyikan di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris sahaja.
Lebih menarik, para pemenang turut berpeluang muncul di website dan juga Youtube Media Hiburan.
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti yang tertera;
Jadi, tunggu apa lagi? Hantarkan pendaftaran anda segera menerusi pautan https://toko.ideaktiv.com/product/karok-lockdown/
Jom pakat sertai Media Hiburan Karok Lockdown. Siapa tahu ada rezeki korang di situ?
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mendapat jolokan ‘Primadona’ Malaysia, pemilik nama penuh Fazira Wan Chek atau lebih mesra disapa sebagai Erra Fazira yang juga merupakan bekas Ratu Cantik (Miss Malaysia World) 1992 sebelum akhirnya mencapai puncak populariti sebagai penyanyi dan pelakon tanah air.
Namun, siapa sangka aktress jelita ini sudah pun berada di usia 50-an pada tanggal 9 Februari lalu. Meski, wajah dan kelangsingan tubuh badan yang dimiliki oleh ibu kepada Ungku Aleesya itu tidak mencerminkan selayaknya kerana Erra tampak muda berbanding usia. Tidak dinafikan aura dan pesona Erra Fazira masih utuh dan mampu memikat pandangan ramai hingga ke hari ini.
Pesona Jelita Erra Fazira Di Usia 50-an, Kekal Terserlah!
Ini membuktikan bahawa Erra bijak menjaga penampilan diri dan kecantikan. Dalam kesibukan menguruskan keluarga dan kerjaya sebagai anak seni, duta dan ahli perniagaan pun Erra kekal aktif mengamalkan gaya hidup sihat dan bersukan.
Walau usia semakin meningkat, ia nyata tidak menjadi penghalang buat pemenang anugerah Pelakon Filem Wanita Popular tersebut untuk melakukan aktiviti lasak dan bersukan.
Misalnya, pemilik nama Fazira Wan Chek ini berkesempatan meluangkan masa bermain bola jaring bersama kelab peminat setianya. Bukan saja popular dan cantik, Erra juga ramah dan menghargai para peminat yang banyak menyokong kerjaya seninya selama ini.
Aktres filem Maria Mariana ini juga dilihat gemar beriadah seperti berbasikal bersama teman-teman dan anak tersayang, Engku Aleesya.
Tak hairanlah dia mampu mengekalkan susuk tubuh langsing dan kekal berstamina. Malah, peminat Erra sendiri mengetahui figura ini seorang wanita yang berjiwa lasak dan aktif bersukan.
Jika Tidak Bergelar Selebriti, Erra Fazira Bakal Ceburi Bidang Perniagaan
Mengimbas temu bual Nona bersama Erra ketika dia menjadi penghias cover Nona Oktober 2018, aktres ini mendedahkan jika tidak bergelar selebriti dia mungkin menjadi ahli perniagaan.
“Saya rasa saya akan menjadi seorang businesswoman. Sebab saya suka berniaga. Dari saya kecil lagi saya dah berniaga. Kecil-kecil dulu saya pergi sekolah.. saya berniaga keropok. Sayalah yang menggoreng, cabut sendiri ubi kayu dan segala-galanya saya buat sendiri.”
Disifatkan sebagai seorang wanita yang berdikari, Erra yang kini berstatus ibu tunggal enggan melihat perkara itu sesuatu yang menyukarkan. Sebaliknya, melontarkan kata-kata semangat ini buat semua wanita yang melalui nasib sama seperti dirinya.
Jangan menghempas diri.. kita kena bangun. Kita tak ada orang lain untuk kita nak bersandar. Jadi, semua sandaran tu hanya kepada kita. Maka bangunlah. Kita ketepikan tanggapan orang lain terhadap kita. Tapi kadang-kadang yang paling sakit itu adalah tanggapan daripada keluarga atau saudara-mara sendiri.
“Tapi tak apa, itu semua cliche. Kita buktikan bahawa ibu tunggal boleh membesarkan anak, boleh hidup dengan baik.. boleh didik anak dengan baik. Yang penting, kita balance dunia akhirat,” ujar primadona Malaysia itu.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah NONA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Selepas hampir lima tahun bergelumang dalam dunia seni suara, Aisha Retno akhirnya tampil dengan album studio pertamanya berjudul Rehab, yang menggambarkan perjalanan penuh jatuh bangun sebagai seorang penyanyi profesional.