Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa syukur atas nikmatNya atas perkahwinan yang dibina pada Februari 2018 bersama Fizi Ali kekal bahagia hingga kini.
Malah, kehidupan mereka lebih lengkap dengan kehadiran cahaya mata pertama Mac tahun lalu.
Kongsinya lagi, terdahulu dia dan suami telah mengharungi pebagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan bergelar suami isteri.
“Tak sangka kita lepas every stage yang Allah bagi dekat kita. Susah , susah , susah, senang susah balik senang sampai sekarang. ( Bukan main banyak susah dari senang, bayangkan ! )
“But WE DID IT sayang. Start kenal you 2013 sampai ke 2017 tu banyak lah racun tertelan tapi nasib baik selamat. Ramai yang nak menjatuhkan tapi kita tetap kuat.
“Ada juga sepanjang berkawan kita buat SALAH dan SILAP tapi tu semua perkara yang mematangkan kita sebagai manusia.
Ads
“Hari ni 2 tahun kita kawin. Semuanya yang Allah bagi indah.
“Melimpah2 Allah bagi sampai ada orang baru dalam hidup kita berdua,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shakilla menyifatkan bahawa suaminya merupakan insan terindah dalam hidupnya.
“Orang yang paling terindah. Rasa sedih , happy bercampur macam rojak dah perasaan tu.
Ads
“Rasa tak layak dapat perjalanan indah macam ni. Allah tak pernah salah aturan.
“Ini yang terbaik untuk kita. Semoga kita terus susah & senang sampai you beruban dan berkedut.
“I akan tetap jaga you ibarat menatang minyak yang penuh. Happy Anniversary Daddy Ameena Sofea. Syg u berdua sampai mati,” akhirnya.
Meskipun pelbagai fesyen moden dan kontemporari dikatakan lebih menyerlah ketika ini, namun keistimewaan dan keunikan busana tradisional Melayu tetap berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Buktinya, persalinan tradisional Melayu kini kian diminati generasi muda apabika ada yang dilihat lebih terbuka dan berani menggayakan pemakaian warisan dalam pelbagai acara yang dihadiri.
Bagi dua pereka fesyen, Jonathan Kok dan Farel Mikhail dari FM Group, penerimaan positif terhadap busana tradisional terutamanya kebaya diteruskan menerusi siri Jelajah Pesona Kebaya.
Program siri jelajah yang diberi nama bersempena buku terbitan mereka Pesona Kebaya-The Enchanting of Kebaya ini bermula semalam di acara World Top Gourmet Awards 2024 yang berlangsung di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor.
“FM Group berpeluang menonjolkan rekaan jenis-jenis kebaya yang terdapat di Malaysia dalam pertunjukan fesyen malam tadi.
“Alhamdulillah, destinasi pertama untuk siri Jelajah Pesona Kebaya berlangsung dengan jayanya.
“Apa yang menarik, kami dapat mengetengahkan 12jenis kebaya antaranya Kebaya Kota Bharu, Perlis, Negeri Sembilan, Baba Nyoya, Johor – Riau serta banyak lagi dalam kalangan 1,500 penonton berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India dari dalam serta luar negara yang hadir dalam acara itu.
“Rupa-rupanya masih ramai yang tak tahu fesyen kebaya ada pelbagai jenis dan latar belakang. Semua maklumat itu telah kami kumpukan dalam sebuah buku Pesona Kebaya yang telah dilancarkan sebelum ini.
“Apa yang ada dalam buku tersebut, kami terjemahkan dalam bentuk pertunjukan fesyen pula,” katanya.
Sementara itu Jonathan menambah, pertunjukan fesyen kebaya yang pertama seumpamanya ini turut mendapat sentuhan teknologi AI atau kecerdasan buatan (Artificial Intelligence).
“Seiring dengan trend masa kini, buat pertama kali di Malaysia, kami menggunakan konsep teknologi AI yang turut memperaga serta memperkenalkan secara terperinci fesyen kebaya yang dibawakan.
“Ini secara tak langsung menarik minat penonton terutamanya generasi muda untuk mendalami lagi tentang fesyen kebaya. Bagi saya, gabungan AI dan fesyen tradisional merupakan langkah baharu yang perlu diteruskan demi memartabatkan kebaya.
“Kami akan menggunakan konsep yang sama dalam siri Jelajah Pesona Kebaya yang akan datang. Lokasi seterusnya akan kami umumkan dalam media sosial Precious of Malaysia,” katanya.
Pertunjukan fesyen kebaya itu telah disempurnakan oleh Elégante Modelle yang turut menampilkan model-model ratu cantik iaitu Michelle Koong, Vinly Yim, Sally Lim, Angie Tan, Stella Lim, Veron Tan, Tracy Shi, Lee Tieng Tieng, Joyce Ng dan Angel Kwat.
Bukan itu sahaja, FM Group juga menampilkan muse mereka iaitu Wilson Tan yang pernah dinobatkan sebagai Asia Best Model dan Malaysia Top Male Supermodel.
Sedikit info tentang buku Pesona Kebaya, apa yang istimewa Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah telah berkenan mencemar duli melancarkan buku Pesona Kebaya- Enchanting of Kebaya (Dwi-Bahasa) pada Malam Gala di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX), pada 4 Ogos baru-baru ini.
Terdahulu, seperti apa yang telah dilaporkan pihak media, tahun lalu pakaian tradisional kebaya telah dihantar pencalonan ke Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage (ICH) of Humanity.
Di negara ini, kebaya merupakan pakaian yang mewakili warisan budaya dan identiti penting bagi kaum wanita Melayu, Peranakan (Baba Nyonya, Chetti dan Jawi) dan lain-lain masyarakat di Malaysia.
Disebabkan faktor ini selain FM Group yang membawa slogan ‘Pesona Kebaya Road To UNESCO, ia menjadi pilihan buat Jonathan Kok dan Farel Mikhail untuk menghasilkan buku Pesona Kebaya dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bagi mempromosi baju kebaya di dalam dan luar negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Stesen radio Era mengumumkan gandingan baru Haziq dan Shasha bagi menggantikan tempat Ray dan Hanif yang bersiaran sekitar dua tahun menerusi segmen Petang Era.
Haziq namanya tidak asing lagi dalam industri penyiaran radio dan pengalamannya akan di guna pakai untuk mengendalikan segmen pilihan ramai itu.
Manakala Shasha pula ialah penyampai radio berwajah baru dan pernah menjadi hos media digital The Hardest Singing Show musim pertama, baru-baru ini.
Pengurus Saluran ERA, Azah Sahrin menjelaskan pemilihan Haziq dilihat wajar kerana dia memiliki pengalaman tersendiri dalam dunia penyiaran radio.
“Meskipun berehat seketika dalam dunia penyampaian radio sekitar hampir 3 tahun namun ia masa yang sesuai dilihat untuk kembali semula ke bidang diminatinya.
“Cara penyampaiannya yang bersahaja dan mudah mesra dengan pendengar antara faktor Haziq dilamar untuk menjadi sebahagian keluarga besar ERA.
“Ia sekaligus dapat membawa pengaruh dan peminatnya untuk mendorong ERA kekal sebagai radio nombor 1 di Malaysia,” katanya, menerusi kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, ERA memilih Shasha untuk kendalikan Segmen Petang ERA pula kerana dia memiliki pakej lengkap untuk diketengahkan.
“Kerjayanya bermula di ERA hanya sebagai penyampai radio sambilan namun melihat ketekunan dan semangatnya dalam industri radio membuatkan ERA memilihnya.
“Shasha juga memiliki personaliti menawan dan mudah tersenyum setiap kali berinteraksi dengan pendengar ERA.
“Kedua-dua gandingan ini bakal menyaksikan Petang ERA akan lebih segar dan bertenaga untuk menarik pendengar ERA yang berusia sekitar 10 hingga 29 tahun,” katanya lagi.
Dengarkan Petang ERA setiap Isnin hingga Jumaat jam 4 petang hingga 8 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang versatil, Sharifah Shahira seperti biasa tidak pernah lekang daripada berkongsi status humor yang sering mendapat perhatian para pengikutnya di Instagram.
Awal hari ini misalnya, penyampai radio berkenaan ada memuat naik foto jari sebelah kirinya tanpa cincin perkahwinan yang sebelum ini sedia tersarung.