Bagi anda yang pernah mendengar lagu berjudul Jika Kau Kekasih, sudah pasti mengenali dengan penyanyi lagu ini, Linda Nanuwil.
Menerusi laman media sosial Instagram milik komposer terkenal Ajai memaklumkan telah menghasilkan sebuah lagu single terbaru untuk bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim kedua itu.
Kongsi Ajai, kolaborasi bersama Linda kembali terjalin pada tahun ini selepas 15 tahun berkerjasama.
Dalam pada itu, Ajai berharap lagu berjudul Ikhlaskan Hatimu ini dapat mengubat rindu khas buat peminat Linda.
“15 Tahun Yang Lalu,(2005)
Sy Menerbitkan Lagu Untuknya..
‘Jika Kau Kekasih’
“Untuk Tahun Ini (2021) & Hari Ini..(29/1/2921) Dia.. @linda.nanuwil Muncul Dengan Single Terbarunya ‘Ikhlaskan Hatimu’
“Lagu Ciptaan & Terbitan Saya .. Liriknya Oleh Saudara ‘Lukman S’ Semoga Lagu Ini..Mengubat Kerinduan Peminat2 ‘Linda’ &
“Juga #fanlv lagu2 Ciptaan Saya.
Alhamdulillah .‘Full MV 4pm youtube channel universal music malaysia #ikhlaskanhatimu
“#newsingle #iskproject #wakethebabyrecords
#universalmusicmalaysia
#universalpublishing #umpg
#byajai #weproducegoodmusic,” tulisnya.
Foto:Instagram Ajai
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hebat,” – Pelakon Wanita Terbaik Drama ASK 2017, Fasha Sandha Puji Janna Nick Dalam Leftenan Zana
Pelakon Fasha Sandha hari ini ada memuat naik sekeping foto bersama pelakon Janna Nick.
Menerusi ruangan kapsyen, Fasha yang sebelum ini pernah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin (ASK) dua tahun lalu turut memuji keberkesanan lakonan Janna menerusi drama rantaian terbaru, Leftenan Zana.
View this post on InstagramLEFTENAN ZANA 8 FEBUARI 2019 @tv3malaysia 9MALAM LAGI 9 HARI!!! #leftenanzana
A post shared by Janna Nick (@jannanick) on
“Gambar dengan Kesayangan ramai #leftenanzana . Terbaik acting dia dalam cerita tu,. Hebat,” tulisnya ringkas.
Leftenan Zana bersiaran di TV3 setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9.00 malam. Selain Janna, drama bercorak ketenteraan ini turut menampilkan Redza Rosli, Tunku Hanis dan ramai lagi.
Foto: Instagram Fasha Sandha, Janna Nick
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kau Tahu Anak Tengah Berdrama, Kami Jadi Penonton Tiket Paling Mahal,” – Yana Samsudin Kasi Tips Hadapi Anak Mengamuk, Menangis Di Publik
Pelakon, Yana Samsudin berkongsi tips bagaimana untuk menangani anak apabila mereka tantrum (mengamuk) di tempat awam.
Menerusi kapsyen di laman Instagramnya, terdapat lima tips yang dikongsi pelakon filem Rise: Ini Kalilah itu.
“Bila ko tahu anak tengah berdrama, kami jadi penonton tiket paling mahal. Kih kih.
“Okaylah, Aisy Mateen start tantrum guling-guling badan masa bulan puasa tahun lepas masa umurnya satu tahun setengah, sedikit awal dari jangkaan untuk budak lelaki.
“1st time masa tu kat expo Singapore, dia guling-guling sambil nangis, nasib hall tu karpet, masa 1st time dia jadi macam itu saya cepat-cepat ambik video rakam aksi dia lepas tu suruh daddy dia bawa dia dari situ. Huhuhu
“Ya, tipsnya bila anak tantrum. 1st : Jangan panik , enjoy the moment. Comel kot keletah dia, guling macam kipas helikopter kat lantai.
“Paling penting ialah zaman kanak kanak anak kita datang sekali aja, lepas tu dia dah dewasa kita akan rindu zaman dia tantrum.
“2nd : Layan layan sayang. Dia nak berdrama kita pun layan drama ler… hahaha tengok dia berlakon dan nangis macam nak runtuh banggunan.
“Kita kena jadi penonton tiket kelas A lah. Hahaha buat apa nak marah. Just bagi amaran dulu dan cakap dengan dia. Tanya dia apa yang dia nak… mungkin dia nak luahkan sesuatu. Nak sesuatu kita tak layan ke. Tapi ter emosi lebih tu yang guling guling tu.
“3rd : Alihkan perhatian dia. Jangan biarkan dia lama lama berdrama. Ambik dia cepat cepat alihkan perhatian dengan cara bawa ke tempat lain.
“Peluk dengan penuh kasih sayang.Dan pandai cungkil perbualan dengan dia. Tunjuk apa yang dia suka. Automatik senyap punya, mood berubah dan dia akan mulakan perbualan punya.
“4th : Seterusnya bila dia dah senyap, bagitau lah apa kesalahan dia, tanya dia kenapa buat macam tu. Terangkan situasi apa yang patut dengan dia apa yang fia buat tak betul kerana.
“5th : Yang paling penting jangan ada rasa malu dan stress lah. Kenapa nak rasa malu orang pandang kita bila anak kita melalak.. lantak lah. Dia dulu pun pernah kecik juga kihkih.
“Ok lah anak kalian trantrum start umur berapa? #tipsbolehgunapakai #MateenDanMommy #yanalifehack,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on
Yana dan suaminya, Fadzil Zahari berkahwin pada 2015 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada Julai 2016.
Foto/Instagram: Yana Samsudin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Lalai Dengan Pujian, Usaha Dan Terus Usaha,” – Pesan Suami, Pekin Ibrahim Sempena Hari Jadi Mona Allen Yang Ke-34
Masih dalam mood pengantin baru, Pekin Ibrahim hari ini ada berkongsi dedikasi teristimewa buat isteri tercinta, Mona Allen yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34, hari ini.
Dedikasi ucapan itu dikongsi aktor itu menerusi Instagram.
Di dalam ucapannya, pelakon tersebut turut meminta agar netizen mendoakan yang baik-baik sahaja.
View this post on InstagramA post shared by Pekin Ibrahim (@pekin7words) on
“Happy Birthday to my wife .. semoga kalian semua doa yg baik baik ok . terus sukses dalam kerjaya sebagai anak seni dan kena kuat menempuh hari hari mendatang.
“Sentiasa merendah diri , jadi diri sendiri , jangan lalai dengan pujian , sentiasa belajar utk jadi lebih baik , hargai mereka yg sentiasa memberi sokongan , hargai kerja org lain , usaha dan terus usaha.
“I know u can do it .. always di belakang u,” tulis Pekin.
Terdahulu, pasangan selebriti ini telah pun mendirikan rumah tangga secara tertutup awal Disember lalu.
Foto: Instagram Pekin/ Mona Allen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI