Berkongsi rakaman ucapan selamat menyambut hari lahir buat ibunda tercinta, Hajah Wirmah Pawanchee di depan Kaabah, Anita Baharom tidak mampu menahan air mata daripada menitis sewaktu mendoakan kesejahteraan buat ‘syurga’nya itu.
Malah bintang itu turut mengharapkan agar keluarganya kekal bersatu dan diberikan keberkatan.
“Assalamualaikum.
Sanah Helwah mak. Happy birthday.
“Semoga mak dipanjangkan umur. Dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik. Keluarga kita bersatu, diberi keberkatan, dirahmati Allah. Ita sayang mak dunia akhirat.
SANAH HELWAH MAK! ITA SAYANG MAK DUNIA AKHIRAT, HAJJAH WIRMAH BINTI PAWANCHEE.
“Salam ampun dan maaf Ita dan Syifa dari Tanah Haraam,” kongsi Anita di laman Instagram miliknya.
Terdahulu, Anita mengerjakan ibadah umrah bersama anaknya, Syifa pada 10 Disember lalu.
Foto : Instagram Anita Baharom