“Semoga Mendapat Umrah Mabrur, Seronoknya….,” – Anggap Rezeki Bulan Kelahiran, Tya Arifin & Suami Berangkat Buat Umrah

Share

Selebriti Indonesia yang kini menetap di Malaysia, Tya Arifin berkongsi khabar gembira selepas memaklum dia dan suami, Asyraf Khalid akan berangkat ke Tanah Suci Mekah, bagi menunaikan ibadah umrah.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh menantu kepada penyanyi, Datuk Seri Siti Norhaliza itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Rabu.

“Bismillahirahmanirrahim, inshallah lagi satu jam Tya akan bertolak ke Jeddah dan meneruskan perjalanan umroh.

“Tya mohon maaf kepada semua jika ada salah yang sengaja maupun tak sengaja,” tulisnya.

Pada masa sama, Tya turut menitipkan permohonan maaf seandainya dia ada menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.

Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut menyifatkan peluang menunaikan umrah itu sebagai hadiah paling istimewa bersempena dengan bulan kelahiranya.

Dikesempatan itu juga, Tya turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga segala urusannya bersama suami di Tanah Suci akan sentiasa dipermudahkan.

“Kepergian ini seperti rezeki bulan kelahiran Tya, mashallah. Doakan Tya dan suami dipermudah umrah hingga kembali lagi ke tanah air,” kongsinya lagi.

Bagaimanapun, Tya difahamkan terpaksa meninggalkan dua orang anaknya Ariff Jiwa, 5, dan Azzahra Jiwa yang beru berusia tiga tahun.

Menerusi hantaran terkini di ruangan Instagram stories, Tya dan suami difahamkan telah pun selamat tiba di bumi Arab Saudi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menitipkan doa yang baik-baik buat Tya dan juga suaminya.

“Selamat semuanya. Moga dibawah lindunganNya sentiasa.

“Semoga mendapat umrah yang mabrur Tya dan family. Seronoknya.

“Alhamdulillah, rezeki dapat menunaikan umrah secepat ini selepas dua tahun dilanda pandemik. Semoga dipermudahkan ya Tya dan Ashraf.

“Tya take care sayang. Semoga selamat semuanya dan lancar ibadahnya,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Tya dan Ashraf telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 November 2015.

Sumber: Instagram Tya Arifin

Published by
Aizam Manaf