“Semoga Menjadi Anak Yang Baik…” – Anjur Majlis Cukur Jambul Ana Nayla, Ayda Jebat Mohon Doa Yang Baik-Baik Buat Zuriat Sulung

Share

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat telah mengadakan satu majlis cukur jambul buat puteri sulungnya, Ana Nayla pada Selasa.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, kelihatan majlis yang diadakan serba ringkas itu diraikan bersama ahli keluarga terdekat.

Dalam pada itu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat turut mengharapkan ramai agar mendoakan zuriat pertamanya itu menjadi anak solehah.

“Assalamualaikum Ana Nayla Selesai majlis cukur jambul our little wuvv @ananaylaofficial. Semoga menjadi anak yang baik dan Salam Maulidur Rasul buat semua.

“Mohon semua doakan yang baik-baik buat Ana Nayla. #AydaJebat #NabilMahir #AnaNayla #CukurJambul #SalamMaulidurRasul,” tulisnya.

Sekadar informasi, Ayda telah selamat melahirkan anak pertama secara pembedahan pada 21 September yang lalu.

Ayda dan pengacara Nabil Mahir sah bergelar suami isteri pada 1 Januari 2021.

Foto: Instagran Ayda Jebat

Published by
Nazar Rafiqhi