“Semoga Menjadi Anak Yang Soleh,” – Barr Al Aliy Kini Genap 11 Tahun, Sari Yanti & Jep Rai Hari Jadi Anak Sulung

Share

Pelakon Sari Yanti menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Barr Al Aliy yang ke-11, pada Sabtu.

Meski disambut secara sederhana, namun keraian tetap meriah bersama adik-beradiknya yang lain.

“Anak anakku, Barr’s 11th Birthday,” tulis Sari ringkas.

Sementara itu menerusi plaform sama di Instagram, suaminya Jep turut berkongsi beberapa foto kandid mereka sekeluarga.

Pelawak dan penyampai radio itu turut mendoakan agar Barr menjadi anak soleh dan sentiasa dirahmatiNya.

“Happy birthday anak abah Barr Al Aliy. Semoga menjadi anak yang soleh, sentiasa berada di bawah redup rahmatNya,” tulis Jep.

Untuk rekod, Barr dan seorang lagi anak lelakinya, Baasit Al Haq merupakan anak hasil perkahwinan pertama Sari.

Sementara Sari dan Jep mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Foto: Instgaram Sari Yanti, Jep

Published by
MH