“Semoga Menjadi Anak Yang Soleh,” – Netizen Doa Hidayah Kuat & Tabah, Anak Arwah Abam Kini Genap 2 Tahun

Share

Balu kepada pelakon dan pelawak arwah Abam Bocey, Nor Hidayah ada menitipkan ucapan bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah yang kini sudah genap usia 2 tahun.

Hidayah turut berkongsi foto terkini bersama anak lelakinya itu bersama pengikut di laman media sosial Instagram.

Hidayah atau nama lengkapnya Nor Hidayah Mohd Ali mendoakan agar anaknya menjadi seorang anak yang soleh.

“Selamat Hari Lahir Anak ibu Syed Uthman Hamzah Bin Syed Umar Mokhtar genab 2 Tahun 14/6/2021.

“semoga menjadi Anak yg soleh berbakti kepada orang tuamu Ibu Ayah sentiasa mendoakanmu nyawaku. #kitabaikramaisayang #birthdayanakibuhamzahturn2 #nyawakuanakku,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan hari jadi kepada anaknya di samping berharap Hidayah terus kuat dan tabah mengharungi ujian hidup.

“Sanah Helwah Hamzah sayang. Moga membesar sihat dan jadi anak soleh buat ibu dan juga buat arwah ayah,” tulis seorang warganet.

“Selamat hari lahir Hamzah…moga sihat selalu dan menjadi anak yang Soleh dan sentiasa dalam rahmah kasih sayang Allah SWT bersama ibu..,” doa seorang netizen.

“Slmt ari lahir Uthman.. Moga pnjg umur n murah rezeki.. Smoga mnjadi ank yg soleh berbakti kepada owg tuamu.. Ceria selalu disisi owg tersyg. Mudahn² brjaya dunia n akhirat..,” titip ucapan daripada seorang warganet yang lain.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 di kediamannya, di Gombak akibat demam panas.

Jenazah Abam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Arwah meninggalkan isteri, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, dan seorang lelaki bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Foto: Instagram Nor Hidayah

Published by
Nazar Rafiqhi