“Semoga Menjadi Asbab Kebahagiaan…,” – Ibu Aiman Tino Sarung Cincin Di Jari Manis Syarah Haifa

Share

Keluarga penyanyi yang popular menerusi lagu Ku Rela Dibenci, Aiman Tino dilaporkan sudah menghantar rombongan merisik gadis pilihan hatinya yang dikenali sebagai Syarah Haifa, semalam.

Difahamkan, majlis berjalan meriah dan lancar di kediaman Syarah di Cheras, Kuala Lumpur.

Abang teman wanitanya, Farish Isa dilihat memuat naik momen indah itu menerusi beberapa hantaran video di Instagram.

“Eh! Ada tetamu datang rumah kita la. Rupanya nak merisik bunga di taman,” tulis Farish dalam hantaran video di Instagram Story.

Menerusi perkongsian terbabit, ibu Aiman iaitu Hazelina Mat Jalil dilihat menyarungkan cincin di jari manis Syarah sebagai tanda hasrat mahu ‘menyunting’ wanita pilihan.

Sementara itu, Aiman hari ini turut memuat naik perkara sama dengan menitipkan doa indah buatnya dan pasangan.

“Semoga kisah perkenalan ini menjadi asbab kebahagiaan dan permulaan baru untuk diri ini. Terima kasih di atas segala doa,” tulisnya di Insta Stories.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH