
Setelah sekian lama menutup ruangan komen di laman media sosial Instagram, pelakon Izreen Azminda kini kembali berkomunikasi bersama peminatnya.
Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam turut memaklumkan tindakan dibuat bagi memberi ruang buat peniaga dalam talian melakukan promosi di akaun media sosial miliknya.
“Bersempena kami dah bukak komen ni. Esk kami nk bg peluang kepada peniaga online.
“Hampa promote la barang2 ampa semua kat ruangan komen esk okay. Semoga murah rezeki ampa semua,” tulisnya.
Sekadar informasi, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aaron Ibrahim, 9 bulan.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.
Keduanya dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Terdahulu, Izreen menutup ruangan komen di akaun Instagram miliknya selepas terpalit beberapa isu terhadap dirinya.
Foto: Instagram Izreen Azminda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Menerima Keputusan Ini Dengan Profesional,” – Servis Ditamatkan, Deen Tinggalkan Hot FM Setelah 10 Tahun

Penyampai radio, Deen Hot FM mengumumkan dia kini sah meninggalkan stesen radio tersebut selepas kontraknya tidak disambung lagi.
Menurut Deen atau nama sebenarnya Nordin Madian, dia telah pun menerima notis penamatan servis seminggu yang lalu dan hari ini merupakan kali terakhir dia ke udara selepas hampir 10 tahun berkhidmat bersama stesen radio berkenaan.
Dari hari isnin hari tu dah ramai yang tanya-tanya kt media sosial, pm tepi, whatsapp & call.
Betul, hari ni hari terakhir di @hotfm976 & sedang ke udara buat kali terakhir 10am-3pm pic.twitter.com/V60k1v790h
— Deen (@NordinMadian) July 23, 2021
“Saya telah menerima notis 7 hari penamatan servis bertarikh 16 Julai 2021 dan hari ini 23 Julai 2021 merupakan hari terakhir saya memberikan servis sebagai seorang penyampai radio di Hot FM.
“Karier saya sebagai penyampai radio bermula sejak 15 Oktober 2010 sebagai seorang kakitangan kontrak dan bermula pada 1 November 2017 pula sebagai service provider,” tulisnya.
Pengumuman tersebut dikongsikan oleh Deen menerusi satu kenyataan akhbar yang dimuat naik di laman Twitter.
Menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka, Deen menjelaskan ia sebenarnya adalah lumrah dan rutin normal bagi sesebuah stesen radio swasta menukar barisan penyampainya bersesuaian dengan trend masa kini.
Dikesempatan itu juga, Deen turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokongnya sepanjang berkecimpung didalam dunia penyiaran radio.
“Saya amat bersyukur dikurniakan rezeki selama 10 tahun bersama Hot FM dan kini sudah tiba masanya untuk Hot FM membuat pertukaran barisan
penyampai yang sememangnya rutin normal bagi sesebuah radio swasta
selari dengan selera pendengar, permintaan pasaran, pelan perniagaan dan content strategies.
“Oleh itu, saya menerima keputusan ini dengan profesional dan ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga, seluruh team Hot FM,
para wartawan, rakan-rakan dan peminat yang sentiasa menyokong karier saya selama ini,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, bapa kepada seorang itu memaklumkan dia bakal menggunakan waktu ini untuk menyambung pelajarannya yang sudah lama tertangguh.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menzahirkan rasa sedih selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat apa jua bidang yang diceburi Deen selepas ini.
“Kau ni kalau campak ke laut jadi pulau, campak ke hutan jadi gunung, campak ke langit jadi bintang. Terus sukses, bro. In sya Allah.
“Oh no, sedihnya semua berhenti. All the best in your future endeavours Deen! Terima kasih untuk hari-hari yang menceriakan di radio.
“Thanks Deen 10 tahun dengar celoteh kau..rindulah lepas ni.
“Good luck in your future endeavor my friend. Insyallah ada rezeki lain,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Twitter.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Twitter Deen Hot FM
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] Nelydia & Uqasha Kongsi Kongsi Momen Jejak Kaki Di Tanah Suci, Wajah Suci Cantik Tanpa Mekap!

Terdahulu, pasangan adik beradik, Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose telah berkongsi berita gembira bersama pengikutnya di Instagram.
Menerusi akaun Instagram, keduanya memaklumkan bahawa bakal mengerjakan ibadah umrah bersama buat kali kedua.
Turut sama menyertai rombongan mereka kali ini ialah suami Nelydia, Hafez Halimi.
“Assalamuallaikum, Alhamdulillah sekali lagi saya berpeluang mengerjakan umrah di bulan yang mulia ini dan kali ini bersama suami serta kakak saya.
“Dengan ini saya memohan maaf di atas segala kesilapan diri ini pada yang mengenali saya secara dekat mahupun tidak.
“Doa kan segala urusan saya di permudahkan , dan saya akan doa kan kalian juga di sana InsyaAllah.
#10Ramadhan”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by @ nelydiasenrose on
Menjengah di InstaStory Nelydia pula, mereka semua kini telah selamat tiba di tanah suci Mekah.
Dalam pada itu, pelakon yang membintangi dalam drama rantaian Setia Hujung Nyawa itu telah meluahkan rasa syukur kerana dapat berbuka puasa di Mekah.
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/05/whatsapp-video-2019-05-16-at-1.18.46-pm-16_34_549633.mp4?_=1Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/05/whatsapp-video-2019-05-16-at-1.21.53-pm-16_47_243687.mp4?_=2MH mendoakan semoga semua urusan pasangan adik beradik ini dipermudahkan. Yang penting, suka benar tengok kedua adik-beradik ni.
Tampak suci dan lawa meski tiada solekan yang dikenakan pada wajah.
View this post on InstagramGoing to take off soon ✈️ bye mama
A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on
Foto : Instagram Nelydia & Uqasha Senrose
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hang Level Legend, Kenapa Nak Masuk?,” – Ada Yang Persoal, Ezad Lazim Turut Dedah Exists Rupanya Tak Tahu Dia Masuk All Starts GV

Penyanyi Ezad Lazim mendedahkan anggota kumpulannya, Exists masih belum mengetahui tentang penglibatannya di program realiti, All Star Gegar Vaganza (GV10) sehinggalah dia membuat persembahan pada minggu pertama saingan.
Jelas Ezad, dia percaya pelibatannya di GV10 ini tidak akan menjejaskan kedudukannya selaku vokalis kumpulan berkenaan, serta persiapan persembahan yang bakal dilakukan mereka pada masa depan.
“Saya tak bagitahu mereka tentang penyertaan ini. Mereka ada bertanya mengenai jadual saya untuk beberapa jemputan persembahan tapi ketika itu, saya tak boleh bagi kata putus.
“Namun, saya rasa tiada masalah untuk saya kembali sertai GV10. Ini juga merupakan platform yang menaikkan nama saya kembali ketika bergerak solo.
“Jadi, bila Exists kembali reunion, saya pula kembali bersaing di GV10,” katanya kepada MH.
Ezad berkata sedemikian ketika ditemui sejurus konsert minggu pertama yang berlangung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, pada Ahad.
Katanya lagi, dia akan berusaha sebaik mungkin untuk membahagikan masa lebih-lebih lagi apabila Exists juga bakal sibuk mengadakan konsert berskala besar menjelang akhir tahun.
“Saya akui akan berdepan sedikit kekangan untuk sesi latihan bersama Exists. Pada bulan Disember nanti, kami akan ada konsert besar-besaran hampir setiap minggu.
“Pada waktu tu, GV10 memang sudah tamat tapi andai kata saya bertahan sehingga ke final, saya akan penat sedikit.
“In Sha Allah saya akan cuba membahagikan masa sebaiknya. Saya hanya mengikut aturan Allah SWT. Kalau Allah izinkan dan berikan rezeki, saya percaya tiada yang mustahil,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, penyanyi lagu Jesnita ini turut mendedahkan antara sebab dia ingin menyertai GV 10 adalah untuk mencabar diri dan keluar daripada zon selesa.
“Ada kawan-kawan rapat yang mempersoalkan saya ini sudah mencapai tahap penyanyi legend tapi kenapa masih nak masuk pertandingan nyanyian?
“Saya tak nafikan kedudukan saya ketika ini memang agak selesa memandangkan undangan nyanyian dan peluang untuk mengadakan konsert masih ada tapi saya suka mencabar diri.
“Bila terlampau selesa pun tak best juga. Saya dah lama tak masuk pertandingan. Lagipun, saya suka konsep GV. Saya berpeluang menyanyikan lagu-lagu orang lain. Saya jarang dapat peluang itu ketika buat persembahan di luar,” akhirinya.
Terdahulu, Ezad merupakan antara enam peserta hot seats yang berjaya menyertai GV10 dan akan bersaing dengan 10 juara GV terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI