Sejak melancarkan single debut mereka ‘Dolla Make You Wanna’ Mac lalu, kumpulan wanita DOLLA berjaya mencuri perhatian peminat muzik Malaysia dengan konsep lagu, penampilan, nyanyian dan tarian mereka.

Malah video rasmi Dolla Make You Wanna yang dimuat naik di YouTube Universal Music Malaysia sejak 19 Mac lalu, sudah mencapai lebih 1 juta tontonan.

Demi mencabar diri dan menonjolkan lagi bakat mereka, DOLLA mengumumkan melalui Instagram rasmi mereka @dolla.official bahawa mereka menyertai pertandingan “How You Like That” Dance Cover Contest yang dianjurkan kumpulan wanita terkenal antarabangsa, BLACKPINK.

Pertandingan yang dijangka akan disertai oleh peminat kumpulan K-Pop tersebut dari serata dunia ini, menawarkan hadiah utama sejumlah KRW 10 juta bersamaan dengan RM35,000.00.

IKLAN

Pertandingan ini hanya memerlukan peserta merakam video tarian mereka mengikut koreografi penuh seperti yang dipaparkan dalam video muzik terkni BLACKPINK, ‘How You Like That’.

Pertandingan ini akan berlangsung daripada 6 hingga 20 Julai 2020 dan pemenang akan diumumkan pada 28 Julai 2020.

IKLAN

Mengulas tentang penyertaan mereka ini, Sabronzo bagi pihak DOLLA mengharapaan sokongan semua.

Kami berharap video penyertaan kami menari mengikut koreografi lagu terbaharu BLACKPINK ini, berjaya mencuri perhatian peminat muzik di Malaysia dan di luar negara.

IKLAN

“Sekiranya video ini dapat pergi jauh dan dinikmati oleh ramai  orang pun sudah memadai.

“Semoga peminat muzik di Malaysia sudi menyokong usaha kami ini dengan menonton dan berkongsi video ini dengan rakan-rakan mereka,” katanya.

Terdahulu, DOLLA yang ditubuhkan pada tahun 2019 ini terdiri daripada empat gadis dikenali sebagai Sabronzo, Tabby, Syasya, dan Angel.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI