“Semoga Perkahwinan Kekal Ke Jannah,” – Izreen Azminda Rai Ulang Tahun Perkahwinan, Menyanyi Bersama Suami

Share

Pelakon, Izreen Azminda meluahkan rasa syukur atas ikatan perkahwinannya bersama suami, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude yang sudah memasuki tahun ketiga, minggu lalu.

Izreen atau nama lengkapnya Izreen Azminda Aznam berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram miliknya.

“Syukur.. #3rdanniversary,” tulisnya.

Gambar

Pada masa yang sama, pelakon berusia 34 tahun ini turut memuat naik satu rakaman video ketika menyanyikan lagu Kau Segalanya bersama Ude.

“KAULAH SEGALANYA Abaikan suara yg so so tu.. Kami bukan penyanyi habaq Awai2  (sekali skala takpa kot no),” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat juga mendoakan agar mahligai cinta yang dibina oleh Izreen bersama suami kekal bahagia selamanya.

Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik, Ude pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun.

Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012 sebelum berpisah pada 2014.

Menerusi perkahwinan pertamanya itu, Izreen turut dikurniakan seorang anak Muhammad Adrian Umar, yang kini berusia 5 tahun.

Video: Instagram Izreen Azminda

Published by
Nazar Rafiqhi