Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).
Nora berkongsi berita gembira itu kepada BH Online, sebentar tadi.
Menerusi mesej itu, Nora meluahkan rasa syukur kerana kemelut yang melanda rumah tangga sudah berakhir.
Bagaimanapun, Nora tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai proses rujuk termasuk tarikh.
“Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT, suami sudah kembali rujuk. Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan.
“Ia tidak lama selepas peristiwa berlaku. Saya beritahu bagi mengelakkan fitnah berhubung soal tempoh edah,” katanya yang kini berada di Kemboja.
Ads
Sementara itu, Nora turut meminta semua pihak mendoakan yang baik-baik dan menjadikan iktibar atas apa yang berlaku.
“Semoga perkara yang sama tidak berulang,” ungkap penyanyi Renungan Terakhir ini.
Sebelum ini, ketika majlis sidang media Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey di BsyncLive Hall, baru-baru ini, pemilik nama lengkap Wan Norafizah Wan Ariffin itu menyerahkan kepada takdir mengenai kemungkinan rujuk semula dengan bekas suami.
Ads
Pada 12 Ogos lalu, Nora memuat naik video bekas suaminya menceraikannya dengan talak satu dalam video berdurasi 52 saat dalam IG.
Bagaimanapun, Nora berkata, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.
Selepas video tular, Nora menerima kecaman ramai dan mempertahankan bekas suami serta memaklumkan perkara itu bukanlah atas kehendaknya.
Ads
Pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021, malah Rushdi adalah sahabat baik Allahyarham Johan.
Johan yang juga komposer tersohor meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana menyambut hari kelahirannya setiap 22 November. Nama anak jati Felda Sendayan, Negeri Sembilan ini kembali meningkat naik selepas menjuarai program nyanyian popular, Gegar Vaganza musim ke-2.
Namun, jika diimbas kembali, Siti Nordiana merupakan antara penyanyi remaja yang popular sekitar lewat tahun 90-an.
MH bawakan 10 fakta menarik mengenai penyanyi yang popular menerusi lagu Terpaut Sayang Padamu ini.
Permulaan Karier
Nana memulakan kariernya menceburi bidang seni suara pada tahun 1999 ketika usianya baru 15 tahun. Memiliki suara yang lunak serta rupa paras yang cantik, tidak hairanlah Nana berjaya untuk menghasilkan lima buah album solo.
2. Duo Achik & Nana
Selain bergelar penyanyi solo, Nanaturut popular menerusi gandingan duetnya bersama penyanyi, Achik yang merupakan vokalis kumpulan Spin. Mereka terlebih dahulu mengenali antara satu sama lain ketika zaman remaja di Negeri Sembilan. Kemudian, mereka sama-sama menyertai syarikat rakaman FMC seterusnya menjadi pasangan duet yang diminati ramai. Antara lagu duet mereka yang masih popular sehingga kini ialah seperti Paling Comel, Memori Berkasih dan Gurauan Berkasih
3. Karier lakonan
Selain bergiat aktif dalam bidang seni suara, Nana turut mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Nana telah muncul dalam beberapa buah drama seperti Wad 04, Helah, Prahara, 3 Dara Pingitan, Nenas Dan Ikanku, Aku Budak Minang 2 dan Anak Tengi. Pada 2016, Nana muncul dalam drama bersiri arahan Michael Ang, Dia Semanis Honey yang diadaptasi daripada novel karya Dila Dyna. Lakonan Nana dan Alif Satar misalnya turut mendapat tempat di hati peminat.
4. Alam Perkahwinan
Nana mendirikan rumahtangga dengan pelakon drama, Mohd Faizal Yusup pada tanggal 29 April 2006. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Nakhaie, lahir pada 21 Mac 2008. Namun, jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada 14 September 2009. Faizal bagaimanapun meninggal dunia pada 1 Januari 2011 akibat serangan jantung.
5. Imej Berhijab
Pada tahun 2011, Nana mengumumkan akan mengenakan hijab secara kekal. Pengumuman tersebut dibuat pada bulan Ramadhan. Menurut Nana, niatnya terdetik untuk memakai tudung selepas banyak membaca buku mengenai perihal Islam.
6. Berniaga Pasar Malam
Sebelum mendapat peluang kedua bergelar penyanyi, Nana pernah melalui fasa kehidupan berliku untuk menampung kehidupan dia dan anaknya. Nana yang berputus asa dengan karier nyaniannya akhirnya memutuskan untuk berniaga di pasar malam.
7. Juara Gegar Vaganza
Gegar Vaganza musim ke-2 telah menjadi titik tolak permulaan semula karier Nana dalam bidang nyanyian. Nana telah dinobatkan sebagai juara menumpaskan peserta lain seperti Farah Dhiya, Ezad Lazim dan Nassier Wahab. Selepas itu, Nana berjaya mengekalkan popularitinya sehingga sekarang.
8. Perniagaan
Bermula tahun 2012, Nana menjalankan perniagaan busana Muslimah dengan label yang diberi nama Paling Comel. Nana kemudiannya melancarkan jenama tudungnya sendiri, NanaRayyan pada tahun 2016. Selepas sukses dengan jualan tudung dan busana muslimah, pada awal tahun 2017, Nana juga pernah tampil dengan koleksi gincu yang diberi nama SND.
9. Buku
Tahun lalu Nana telah melancarkan buku tulisannya yang bertajuk Life Goes On. Buku tersebut mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan. Life Goes On menceritakan tentang perjalanan hidup Nana sepanjang bergelar anak seni.
10. Top Top MeleTop AME2019
Namanya sekali lagi menjadi perhatian apabila dijulang sebagai pemenang kategori utama, Artis Top Top MeleTop Wanita di Anugerah MeleTop 2019 (AME2019). Menyifatkan kemenangan adalah sebagai rezeki dan sokongan peminat yang tak berbelah bahagi, Nana turut memenangi kategori Hos MeleTop!
Terkini Nana makin meletop menerusi single dan drama Satukan Rasa yang turut menampilkan Khai Bahar.
Foto: Instagram Siti Nordiana, Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak ada ibu yang tidak pernah risau dan sayangkan anak-anaknya, begitulah apa yang dirasai oleh pelakon yang bernama Rita Rudaini.
Terbaru, pelakon Rita Rudaini telah memuat naik sekeping gambar anak-anaknya menerusi akaun Instagram miliknya berserta kapsyen;
“Hidup sbgai ibu dan bapa pd anak2,byk yg harus sy uruskan,sediakan n pikir kan….smuanya sy kena pikir sendiri…tugas dan tggjwb sy dah double triple…24jam berfikir tanpa ada masa utk pikir pasal diri sendiri…tanpa ada masa utk rest…”
“utk diri sendiri,nak bli itu ini utk hadiah diri sendiri pon dah sy xpernah pikir lg sejak ada dua nyawa lg dlm hidup sy……masa umpama tidak cukup utk sy…..setiap masa jugak sy slalu fikir…”
“klau ada apa2 terjadi pd sy,mcm mana mereka nnti? Sbb tu sy dah bersedia awal2 dan berterima kasih byk2 kpd En. @rizuanahamad kerana membantu sy utk masa depan kedua nyawa sy ni…tkasih kerana menguruskan Hibah prudential sy utk mereka….”
“kpd smua,nasihat sy..xkira lah ibu tunggal ke,ibu tinggal ke ,or masih berkeluarga,..malang tidak berbau…sediakan lah payung sblm hujan kerana xsemestinya panas smpai ke ptg bole watsap @rizuanahamad utk info yg lebih tepat lg…”tulisnya.
Pelakon kelahiran dari negeri Perlis ini telah meluahkan rasa risau terhadap anak-anaknya jika sesuatu perkara yang tak diingini berlaku pada dirinya.
Lantas, perkongsian pelakon yang berusia 42 tahun itu telah mendapat perhatian netizen dan memuji dengan kata-kata yang ditulis oleh Rita.
Terdahulu, Rita telah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun telah bercerai pada September 2013. Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.
Foto : Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ronnie Hussein tidak menafikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 yang akan memulakan saingannya Ahad ini sebagai platform terbaik untuknya membuktikan...