Ucapan istimewa pelakon Nazrief Nazri buat ulang tahun kelahiran isterinya, Aizatul Aqma Hamdan menarik perhatian ramai.
Menghargai pengorbanan isteri, Nazrief, 32, dalam coretannya menerusi laman Instagram miliknya mengharapkan agar rumah tangga yang dibina mereka berkekalan tanpa diganggu kehadiran insan ketiga.
“Happy birthday LOML (love of my life). Terima kasih sebab ada waktu susah dan senang. Awak adalah isteri terbaik dan ibu yang baik buat Noah.
“Selamat hari ulang tahun kelahiran isteriku. Semoga taman syurga kita bebas dari bab* yang menyondol dan serangga perosak. Amin,” tulis Nazrief.
Hantaran itu turut menarik perhatian rakan selebriti iaitu Puteri Sarah Liyana yang meninggalkan komen secara berseloroh, “Apa kapsyen kau.”
Nazrief kemudiannya membalas dalam nada gurauan yang dia mengambil iktibar dnegan situasi yang sedang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
“Ambil iktibar sis,” balasnya kepada Puteri Sarah.
Untuk info, Nazrief mendirikan rumah tangga dengan Aizatul pada 15 November 2019 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.