Pelakon dan pelawak, Achey turut menzahirkan rasa dukacita diatas pemergian pelumba motosikal drag, Hattem Rashdi, 22, yang terlibat dalam kemalangan di litar lumba ketika menyertai perlumbaan Malaysia Drag Bike National ET Record di Pekan, Pahang kelmarin.
Menurut Achey, arwah Hattem merupakan seorang sangat peramah dan disenangi oleh semua pihak.
“Semoga kau tenang di sana dik. Seorang yang murah dengan senyuman. Rider drag kesayangan semua.
“Satu-satunya Hattem Rashdi,” tulis.
Dedikasi itu dikongsikan sendiri oleh anggota kumpulan lawak Bocey itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Hattem yang mewakili ESR Motor dibawa ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan memandangkan keadaannya makin tenat.
Ads
Bagaimanapun, selepas bertarung nyawa hampir 12 jam, Allahyarham Hattem telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Jenazah anak bongsu dari lima beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang, Alor Janggus, di sini jam 12 tengah hari.
Menurut ibu kepada Allahyarham Hattem, Muniroh Ahmad, hampir 3,000 orang menziarahi jenazah arwah termasuk pengikut akaun Tik Tok Hattem yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memberi penghormatan terakhir.
Malah, menerusi beberapa video tular di media sosial, jenazah Hattem telah diusung sambil diiringi ribuan kenalan terdiri daripada keluarga dan sahabat handai sehingga ke tanah perkuburan.
Sementara itu, insiden meragut nyawa itu nyata amat dikesali Kementerian Belia dan Sukan.
Ads
Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Setiausaha (KSU) KBS, Dr K. Nagulendran berkata, penganjur kejohanan berkenaan harus bertanggungjawab atas insiden terbabit memandangkan perlumbaan itu tidak mendapat kelulusan daripada Persatuan Permotoran Malaysia (MAM).
“Aktiviti hujung minggu lalu, kita sudah semak yang ia tidak mendapat kelulusan dan bukan program disokong KBS. Kita harap semua persatuan, kelab sukan menjalankan aktiviti dengan mendapat kelulusan daripada persatuan sukan masing-masing.
“Mereka juga perlu berdaftar dan mendapat kebenaran daripada PJS (Pesuruhjaya Sukan). Kami kesal insiden ini berlaku, penganjur harus bertanggungjawab, saya tidak rasa ia sesuatu yang betul apabila menganjurkan perlumbaan tanpa kelulusan dan langkah-langkah keselamatan.
“Selepas ini, pihak kami akan mengadakan perbincangan dan melakukan tindakan susulan dengan MAM. MAM juga perlu melakukan tindakan susulan dengan penganjur berhubung insiden berkenaan,” katanya seperti yang dipetik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Achey, Sinar FM, Era FM, Buletin TV3 & Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Drama Silang yang mengetengahkan kisah pemuda disleksia lakonan Emma Maembong dan Nazim Othman menerima pujian netizen kerana memaparkan realiti hidup yang jarang diketengahkan.
Namun menjengah di Instagram Sheila Rusly, ada pengguna media sosial yang mengkritik hasil penerbit popular ini.
Ada yang mendakwa, terdapat fakta yang ditonjolkan tidak benar.
“Anak disleksia tak gagap. Dan anak disleksia takde lah smpai ade masalah memori. Agak agak lah sis nak create awareness pada disleksia pun.
“Sakit hati pulak tengok cerita ni bila faktanya tak amek betul betul tapi hanya amek secara ringan je. Betulkan sikit ye lepasni nak buat cerita anak anak oku pun,” tulis individu berkenaan.
Namun, pengacara rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan ini pula membalas reaksi, dia telah melakukan kajian dan tidak pernah menerbitkan drama ‘syok sendiri’.
“@kekasih.by.themelvinsawak ingat dyslexic ada 1 sintom jer. Kami jugak buat research. Nak komen pun jaga lah adap. Awak ingat saya buat cerita syok sendiri ke? Tak suka jgn tengok abaikan atau buat drama version awak saya pulak nak tengok😅Boleh?” tulisnya.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Walau bagaimanapun, rata-rata netizen cukup terkesan dengan penyampaian Silang yang disifatkan cukup menyentuh hati, apatah lagi mereka sendiri punya anak disleksia.
Foto : Instagram Sheila Rusly
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tanggal 13 Julai 2007 menjadi detik bersejarah buat pelakon, Adam Corrie kerana itu adalah tarikh keramatnya memeluk Islam.
Adam ketika ditemui di sesi rakaman Naura Shares di Petaling Jaya pada Sabtu mulanya mengakui bahawa sering mengabaikan laungan azan.
“Apabila saya mula menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, saya akui saya mula lupa diri dan banyak berhibur, saya tidak mendengar orang azan, orang berzikir dan mengaji.
“Sedangkan masa di negeri asal (Pulau Pinang) saya suka dengar orang mengaji, tetapi apabila saya masuk KL, saya dah tak ada perasaan untuk dengar semua benda-benda itu,” kata ketika sesi rakaman sedang dijalankan.
Sering memegang watak antagonis dalam mana-mana filem atau drama, Adam akui bahawa dia gemar berhibur di kelab.
“Saya suka layan live band sambil minum minuman alkohol sampai habis.
“Tapi satu hari, saya pergi tempat yang sama, tapi segelas pun saya tak habis dan tiba-tiba telinga saya berdesing dan rasa sakit. “Saya juga tidak boleh terima persekitaran di situ (kelab) sebab rasa rimas dan saya bergegas keluar dari situ.
“Automatik Allah nak beri hidayah kepada seseorang itu, saya mula tinggalkan semua. Alhamdulillah,” kongsi Adam jujur.
Beberapa minggu kemudian, Adam mengenali beberapa sahabat lain lalu nekad memeluk Islam.
Malah, Adam ketika itu sudah mempunyai idea untuk nama Islamnya sebelum mengucap syahadah keesokan harinya.
“Dekat rumah saya dah tulis siap-siap nama Islam iaitu Nazri bin Abdullah, tapi sampai di pejabat Islam, saya mula mengucap syahdah, ustaz tanya apa nama Islam, saya cakap Adam Corrie.
“Saya pun tak tahu dari mana datangnya nama Adam itu. Corrie tu tak apalah, memang nama asal saya.
“Alhamdulillah dengan izin Allah dan semuanya berjalan lancar ketika itu,” kongsi bapa kepada seorang cahaya mata ini.
Foto : Instagram Adam Corrie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setiap daripada kita pastinya mempunyai pengertian tersendiri tentang peluang kedua.
Berkongsi pendapatnya, penyanyi Shila Amzah atau Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata dia sama sekali tidak mempercayai untuk memberi peluang kedua dalam sesebuah perhubungan melibatkan percintaan.
“Orang selalu cakap wei takkan tak nak bagi peluang kedua, lepas dah 10 tahun kot sebab, saya dah move on lah… saya tak mahu dan apa benda baik yang boleh berlaku sebab benda Allah dah bagi kita peluang untuk together tapi benda tu (dah) tiada jodoh kan.
“Bila benda tu memang betul betul tak sesuai, buat apa kita nak paksa? Jadi saya tak percaya pada peluang kedua… itu untuk saya lah,” kata Shila.
Shila berkongsi pandangannya itu menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok 3tambahsatu, baru-baru ini.
Walaupun begitu, menurut penyanyi lagu Patah Seribu ini, dia berpendapat bahawa peluang kedua untuk hubungan persahabatan dan kekeluargaan berbeza dengan percintaan.
“Tapi peluang kedua untuk dalam family dengan persahabatan itu lain cerita. Tapi untuk percintaan yang long term, itu saya kurang kepercayaan,” katanya lagi.
Untuk info, Shila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 sebelum disahkan bercerai pada Februari tahun lalu.
Hasil perkahwinan, Shila dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal filem Home Alone, Macaulay Culkin, membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui sudah lebih tiga dekad tidak berhubung dengan bapanya, Christopher “Kit” Culkin.Dalam episod...