Baru-baru ini, pengguna di aplikasi X ada meluahkan isi hatinya selepas suaminya didakwa telah berlaku curang dengan salah seorang pekerja baharu di syarikat mereka.
Menurut individu berkenaan, suaminya itu dikatakan berkelakuan agak pelik kerana memberikan layanan yang sangat baik dan mesra terhadap pekerja baru tersebut.
Bagaimanapun, suaminya itu berkeras manafikan bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa selain menyifatkan isterinya itu meluahkan rasa cemburu yang berlebihan.
Tidak lama selepas itu, syak wasangka yang dipendam si isteri ternyata benar selepas suaminya meminta izin untuk berkahwin dengan pekerja baharu tersebut.
Dakwanya lagi, hatinya terluka kerana dia merupakan individu yang bertahan dan membantu suaminya bangkit kembali selepas berdepan masalah muflis.
Kisah tersebut nyata mendapat perhatian ramai pihak yang rata-ratanya berkongsi kata-kata semangat.
Selain netizen, kisah ini turut mendapat perhatian pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura.
Menerusi sebuah hantaran di aplikasi X, Fazura memohon wanita tersebut untuk terus kuat demi menjalani kehidupan yang mendatang.
“Assalamualaikum sis. Di sini, saya turut sertakan pelukan dan rasa sayang terbesar yang mampu saya berikan. Semoga terus kuat,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai selain turut menyifatkan Fazura seakan ingin memberikan bayangan terhadap sesuatu hal.
Malah, mereka turut sama berkongsi kata-kata semangat buat Fazura yang ketika ini sedang berdepan konflik rumah tangga.
“Sending hugs to mommy nyamma. Love you Kak Faz.
“Sending all the love to you Kak Faz.
“Semoga Faz juga kuat dan Allah permudahkan segalanya.
“Sending you lots of love too. Terkejut tiba-tiba you respon tweet sister ni. Semoga yang baik-baik buatmu,” antara komen-komen netizen.
Sebelum ini, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.
Difahamkan permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber dan Kredit Foto: X Fazura & Lalisyaaa135, Instagram Fazura