
Terukir senyuman kegembiraan seorang isteri apabila menerima kejutan daripada suami tercinta.
Isteri kepada penyanyi Mohd Razlan Mohamed Yusof atau sinonim dengan panggilan Lan Solo telah menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-34 tahun.
“Alhamdulillah… TIGA PULUH EMPAT.. Mommy kepada 4 anak2 bertuah.. Isteri kepada Mohd Razlan.. Semoga umur yg dipinjamkan ini akan memberi manfaat kpd org sekeliling saya..
“Jatuh bangun saya.. Sesiapa sahaja kalian disisi sy, semoga Allah jua lah yg membalas segala jasa baik kalian sepanjang mengenali sy sepanjang 34 ini.. Aamen.
https://www.instagram.com/p/B4FnlCFAzMnhrYVYOP14EUmksPHwQtt5o07ffs0/?igshid=zgb0cnar8c3l
Untuk rekod, Lan telah menamatkan zaman bujang bersama isterinya, Sheila Razlan pada 5 Disember 2009 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.
MH ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada isteri Lan dan semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Foto : Instagram Lan Solo, Sheila Razlan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Saif Ali Khan Dan Kareena Kapoor Tidak Mahu Gambar Anak Dirakam, Adakan Pertemuan dengan Paparazi

Selepas insiden ditikam di kediamannya di Mumbai, Saif Ali Khan dan isterinya, Kareena Kapoor telah meletakkan beberapa syarat kepada paparazzi yang sentiasa mengekori gerak mereka.
Seperti yang dilaporkan oleh media tempatan India, pasukan perhubungan awam Kareena Kapoor telah mengadakan pertemuan dengan paparazzi pada Selasa lalu untuk menyampaikan hasrat yang dimahukan oleh pasangan Bollywood popular itu.
Menurut laporan itu, Saif dan Kareena mahu paparazzi tidak lagi merakam gambar dan video anak mereka, Taimur Ali Khan dan Jehangir (Jeh) Ali Khan di mana-mana sahaja.
Selain itu, paparazi juga diminta agar tidak lagi berkumpul di luar kediaman mereka.Walaupun begitu, pasangan tersebut tidak menghalang sekiranya paparazi mahu merakam mereka jika mereka menghadiri mana-mana acara rasmi.

BACA JUGA: Saif Ali Khan Lalui 5 Jam Pembedahan, Serpihan Pisau Berdekatan Tulang Belakang Berjaya Dikeluarkan
BACA JUGA: Saif Ali Khan Cedera Ditikam, Kini Dalam Keadaan Stabil
Tindakan ini diambil ekoran kebimbangan terhadap keselamatan mereka sekeluarga.
Imbas kembali, Saif Ali Khan ditikam enam kali oleh penceroboh yang memasuki rumahnya pada 16 Januari untuk cubaan pecah rumah.
Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital dan menjalani beberapa siri pembedahan. Pelakon berusia 54 tahun itu dibenarkan keluar dari hospital pada 21 Januari lalu, kira-kira lima hari selepas dimasukkan ke hospital.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“If True Intan Najuwa Nak Kan Lelaki Tua Kaya Dan Kikis Duit, Dah Lama…,” – Kakak Tampil Pertahan Intan Najuwa

Pelakon kecil molek, Intan Najuwa baru sahaja melangsungkan pertunangan Ahad lalu.
Namun, dek perkongsiannya mengenai hari bahagia bersama peminat itu, ada segelintir yang melemparkan tuduhan tak berasas, mendakwa bintang Tuan Danial itu hanya memandang harta.
Bagaimanapun, Intan secara jujur ada memberikan penjelasannya mengenai hal tersebut menerusi salah satu entrinya di Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Intan Najuwa, 22 (@intannajuwa) on
Namun, masih ada keterlaluan netizen yang agak keterlaluan hingga membuatkan rakan terdekat tampil memberikan reaksi.
Malah kakaknya, Intan Najiha turut tampil meninggalkan kenyataan di ruangan komen bagi menepis semua dakwaan yang dibuat.
Komennya, usah sesekali mempertikai jodoh yang telah ditetapkan olehNya.
Tegas Intan Najiha lagi, jika benar Intan hanya mahu mengikis duit tunang, sudah lama mereka sekeluarga berhenti kerja dan mengharap duit daripada orang lain.
“Majlis pertunangan ni buat tertutup untuk family members sahaja & semua diuruskan oleh pihak perempuan.
“Pelamin & all decoration pun semua dibuat all out oleh my mom & team
@acountryweddingplanner
“Family know you very well. Jangan pertikaikan jodoh yang Allah dah tetapkan.
“Kami sekeluarga tak kaya raya mana. If true intan najuwa nak kan lelaki tua kaya & kikis duit. dah lama we all one family kaya raya goyang kaki tak payah kerja tunggang langgang nak bayar hutang2 and all
and jangan pertikaikan umur orang. Siapa jodoh dia & kenapa,” tulisnya di ruang komen.
Pada masa sama, ibu kepada dua anak ini juga memohon agar netizen menjaga hati dan perasaan seseorang sebelum menulis komen.
“Sebelum bercakap please fikir & jaga hati perasaan pasangan ni & keluarga. Kaya or tak tu rezeki. Dapat suami kaya itu bonus. doakan lah yg baik baik utk @intannajuwa semoga hubungan ni sampai ke jinjang pelamin & kekal selamanya,” ulasnya lagi.
Terdahulu, Intan Najuwa selamat melangsungkan pertunangan dengan seorang usahawan asal Kedah, Razrul Anwar Rusli dengan beza jarak usia di antara mereka sekitar 16 tahun.
Foto : Instagram Intan Najuwa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Kelebihan Dan Kekurangan,” – Ruhainies Tak Kisah, Bangga Punya Kekasih ‘Anak Emak’

Pelakon Ruhainies mengakui kekasih hatinya yang sebelum ini hanya dikenali sebagai ‘Mr.E’ merupakan seorang lelaki ‘anak emak’.
Malah adik kepada pelakon Nur Risteena ini juga mendedahkan, dia rasa bertuah kerana dikurniakan kekasih yang bijak serta menghargai insan bergelar ibu.
“Bagi saya, tiada salahnya kalau bercinta dengan lelaki yang boleh dikategorikan sebagai ‘anak emak’. Ia ada kelebihan dan kekurangan. Cumanya dengan dia ni (kekasih) rasanya dia pandai ambil hati dan yang paling penting mampu berikan kasih sayang sama rata.
“Malah, saya turut mengharapkan agar situasi itu terus berpanjangan apabila kami mendirikan rumah tangga. Kiranya, kasih sayang itu sama di antara ibu dan isteri. Itu lebih baik,” katanya yang turut memberitahu, hubungannya sama ibu mertua baik-baik sahaja.
“Saya panggil ibunya sebagai ‘auntie’. Kami kerap bertemu termasuk dengan ibu bapa saya juga. Setakat ini semuanya baik-baik sahaja, alhamdulillah,” kata Ruhainies kepada MH.
Ditanya mengenai perancangan perkahwinannya pula, Ruhaninies memberitahu setakat ini dia masih belum mempunyai tarikh khusus.
Tetapi bersyukur kerana kedua orang tua sudah memberikan ‘lampu hijau’ baginya untuk membina masjid.
“Restu ibu bapa itu sangat penting. Sebab itulah saya ada tanya sebentar tadi dan jawapan yang diberikan itu sebenarnya merupakan suatu signal yang membayangkan mereka restu dengan pilihan dan keputusan saya.
“Sebab nampak saja mereka macam terbuka, tetapi hakikatnya orang tua saya agak tegas dan terapkan disiplin dalam mendidik anak-anak. Maklumlah, adik-beradik kami kebanyakannya perempuan.
“Jadi memang dikawal, termasuk dengan lelaki yang kami berkawan. Jadi bila semuanya dipermudahkan, saya lega untuk meneruskan hubungan,” jelasnya lagi.
Terdahulu, bintang Jejak Karmila itu ditemui media pada majlis kejutan ulang tahun kelahirannya yang ke-27 tahun di Gombak, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Turut hadir meraikan termasuk ahli keluarga, kelab peminat serta rakan selebriti lainnya.
Mengulas lanjut mengenai nama teman lelaki yang bakal bergelar suami tidak lama lagi, Ruhainies lebih selesa untuk berkongsi semuanya apabila semuanya pasti.
“Sebelum ini, saya hanya memperkenalkannya sebagai Mr E saja, tapi kalau ditanya fasal namanya lagi, saya lebih senang kongsi namanya Mr E Johan saja. Maaf, tidak dapat memberikan nama lengkap kerana bimbang nanti ganggu privasinya.
“Biarlah dia jalani kehidupan seperti orang biasa,” pinta Ruhainies yang turut mengakui akan berkongsi perihal nikah bersama media andai sudah ada tarikh tetap.
Foto: Instagram Ruhainies
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI