Selepas berkongsi perihal reaksinya terhadap pandangan yang diberikan ibu tiri berkaitan dengan ucapan sempena Hari Bapa, Nabila Huda sebentar tadi ada memuat naik posting terkini di Instagram.
Nabila Huda atau lebih sinonim disapa Abil memohon supaya ibu tirinya, Norhasniza Hassan boleh berubah secara perlahan-lahan.
“Nah Ini Untuk you @qasander ! Semoga you diberi kekuatan Untuk harungi hidup you hari Ini. Insyallah, pelan-pelan you boleh berubah.
“Kami semua berdoa semoga lembutkan hati you Untuk terima nama I yang ber binti kan suami you,” tulisnya.
Ads
Pada masa sama, bintang Tombiruo ini juga turut berdoa agar ibu tirinya itu menjadi isteri solehah serta contoh yang terbaik buat adik-beradik tirinya
“Jadi lah isteri Yang solehah, Contoh Yang baik Untuk Anak-Anak you..Amin!,” kongsi Abil lagi di bawah entri yang disertakan dengan kata pujangga itu.
Penyampai radio, Feeya Iskandar membuat pengakuan pernah tanam hasrat untuk menyertai Pencarian Dewi Remaja anjuran Kumpulan Media Karangkraf suatu masa dulu.
Menerusi segment Gaya Suria di radio Suria FM, Feeya atau lebih mesra dengan panggila Cik Piah antara lain turut kumpul majalah dan Remaja menjadi antara naskhah yang diikuti ketika di bangku persekolahan.
“Kalau zaman dulu-dulu ada banyak majalah yang popular tau antaranya majalah URTV, Mangga lah dan banyak lagi.
“Tapi Cik Piah dulu suka sangat baca majalah Remaja, siap kumpul lagi dan simpan semua majalah tu dulu sebab dulu berangan nak masuk pertandingan Dewi Remaja.
“Memang dulu teringin sangat nak masuk Dewi Remaja tu,” katanya bersama pendengar.
Bagaimanapun, hasrat untuk memasuki pertandingan tersebut tidak kesampaian oleh kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan pada ketika itu.
“Tapi tak kesampaian Cik Piah nak masuk Dewi Remaja sebab tak cukup tinggi. Tak sedar diri tu pendek jadi simpan sahajalah angan-angan tu,” katanya lagi sambil seloroh.
Program pencarian Dewi Remaja yang dianjurkan oleh majalah Remaja itu merupakan antara sebuah program realiti yang popular dalam mencari bakat baru untuk mewarnai industri hiburan tanah air.
Antara selebriti terkenal yang lahir daripada program realiti tersebut adalah Jasmin Hamid, Didie Alias, Cha Alyahya, Neelofa, Izara Aishah, Anzalna Nasir dan ramai lagi.
Foto: Instagram Feeya Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Beto Kushairy berharap agar keputusannya untuk beralih dan menjadi duta bagi jenama Baju Melayu, Elrah Exclusive tidak perlu diperbesar.
Menurut Beto, masyarakat sepatutnya meraikan kejayaan anak bangsa yang sama sama sukses menerusi bisnes Baju Melayu.
“Kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Yang penting, saya berpisah dengan jenama yang lepas secara baik. Perjanjian dibuat secara profesional dan tidak mengguris hati sesiapa.
“Saya anggap ini satu persaingan yang sihat dan kejayaan anak bangsa kita. Marilah sama-sama kita doakan dan majukan bangsa kita sendiri.
“Kita lihat secara positif dan negatif kita tolak tepi. Saya tak mahu berurusan dengan perkara toksik. Sama-samalah kita menuju kejayaan,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Imaginur itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengenalan duta baharu Elrah Exclusive yang berlangsung di Four Seasons Place, Kuala Lumpur pada Isnin.
Sementara itu, Beto turut memaklumkan, selain faktor tawaran, dia juga sangat selesa untuk bekerjasama dengan pengasas jenama Elrah Exclusive, El Azman.
“Semestinya ada peningkatan (bayaran). Namun, yang paling penting sekali, saya suka konsep dan sistem yang jenama ini lakukan. Mereka sama-sama berkongsi rezeki dengan para ejen.
“El sangat jujur dan terbuka bila berurusan. Dia tidak memaksa sebaliknya dia tanya sendiri apa yang buatkan saya selesa.
“Saya hargai perkara itu kerana dia terima input daripada saya. Saya senang bekerja dengan dia,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Beto turut menzahirkan rasa syukur kerana wajah Melayunya masih menjadi pilihan untuk untuk diangkat sebagai duta produk Baju Melayu Teluk Belanga.
“Mungkin ini rezeki yang telah ditetapkan. Mungkin ramai yang melihat saya sesuai dengan Baju Teluk Belanga. Sejujurnya, sejak daripada sekolah lagi, saya suka Baju Teluk Belanga.
“Saya bukan nak kata saya tak suka Baju Melayu Cekak Musang tapi citarasa saya lebih kepada Baju Teluk Belanga. Bila ditawarkan untuk menjadi duta, memang kena dengan jiwa,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahwan, Noor Neelofa berpendapat isu mengenai pengambilan epidural dan ubat tahan sakit terhadap ibu yang melahirkan zuriat tidak perlu diperdebatkan.